Adik Bvat Lvahan Kontr0versi Mahu ‘Bvang’ Ahli Keluarga Demi 13 Ek0r Kucing… Alahai Kant0i Pula Bl0ck Kakak Di Twitter!

SERBA-salah jadinya apabila perlu memilih antara kakak kandung ataupun kucing peliharaan.

Begitulah yang cuba disampaikan gadis ini secara berjenaka di laman Twitter sehingga kisahnya menjadi tular.

So kakak aku found out dia allergic dengan bulu kucing and we have 13 cats at this moment. Haih, terpaksalah buang kakak aku,” tulis Nurhani Sulha Shahrolazman.

Sehingga kini, tweet yang dikongsi pelajar berusia 19 tahun itu menerima lebih 53,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Mesra disapa Hani, dia sewaktu dihubungi mStar sempat bercerita lanjut mengenai kucing peliharaan keluarganya di Slim River, Perak.

“Ada dalam 13 ekor, tapi tak semua duduk dalam rumah. Tujuh ke lapan ekor tinggal dengan kami, selebihnya kucing lain yang selalu datang makan di rumah.

Hani (kanan) bersama kakaknya, Aini Lateefa (kiri).

“Biasalah, kucing kampung kami bagi makan ikan goreng, kadang-kadang bulu tanggal, lekat dekat perabot. Lepas tu dalam rumah, kakak seorang je yang selalu bersin.

“Lama-lama baru tahu dia alergi, tak boleh kena bulu kucing. Tapi dia sekadar bersin, tak ada kesan-kesan sampingan lain,” ujarnya.

Disebabkan kisah itu, Hani secara suka-suka menulis tweet kononnya mahu ‘membuang’ kakaknya, Aini Lateefa, 24, dan sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi luar biasa di laman sosial itu.

Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga.

NURHANI SULHA SHAHROLAZMAN

PEMILIK KUCING

Malah katanya, dia turut hairan bagaimana kakaknya boleh mengalami alergi bulu kucing sedangkan dia sendiri yang mula membawa pulang kucing ke rumah suatu ketika dahulu.

“Kakak yang minat kucing, dia yang bawa balik, last-last dia yang alergi. Tapi tak adalah sampai dia masuk hospital pun.

“Selain itu, kami sekeluarga memang minat kucing. Ayah sangat suka kucing. Suka timang-timang.

“Bila dah viral, saya cerita pada kakak pasal tweet tu. Kantoi pula saya block dia di Twitter. Bagi saya Twitter tu privasi.

Hani tidak menyangka tweet mengenai kucing miliknya akan tular.

“Saya tak jangka orang ambil serius sampai blow up,” ujarnya.

Bercerita mengenai kucing peliharaannya, Hani mengakui pelbagai ragam perlu dihadapi dengan sabar.

Namun katanya, dia tidak kisah dan menganggap mereka sebagai pelengkap dalam keluarga.

“Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga,” ujarnya lagi.

Tweet yang dikongsi Hani menerima reaksi luar biasa di Twitter.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen berhubung posting tular itu.

Malah, ada yang turut berkongsi kisah hampir sama sebagaimana dilalui Hani dan kakaknya.

“Aku ada resdung, memang alah bulu habuk apa semua. Tapi aku yang pergi kutip kucing dekat pasar. Sekarang beranak pinak dari generasi ke generasi dah.

Hani sekeluarga yang menetap di Slim River memelihara 13 ekor kucing setakat ini.

“Saya alergi bulu kucing juga. Jika kena muka, siaplah selsema, bersin, gatal mata muka badan. Tapi saya suka haiwan.

“Alergi bulu kucing juga tapi suka kucing selalu peluk cium and macam biasa lepas tu kena makan ubat.

“Tak baik buang kakak. Buatlah sangkar untuk kakak kat luar rumah tu,” tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MSTAR

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Adik Bvat Lvahan Kontr0versi Mahu ‘Bvang’ Ahli Keluarga Demi 13 Ek0r Kucing… Alahai Kant0i Pula Bl0ck Kakak Di Twitter!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*