“Bertvah Ras@nya B Dapt Sayang,” Raja Afiq Puji Penampilan Tunang, Soffwany Di Suara Viral, Sweet Betul!

Pelakon Raja Afiq memuji penampilan tunangnya yang juga merupakan anggota polis yang kini bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff.

Mengenakan persalinan dress sequin labuh, Soffwany kini sedang bersaing dalam program realiti, Suara Viral yang baru sahaja melabuhkan konsert pertamanya, pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

I love youu cantik syg hari ni bertuah rasanya b dapat syg Semoga berjaya ye wahai tunang ku🥰😘😘😘 @soffwany_yusoff

A post shared by RA (@rajaafiqqofficial) on

“I love youu cantik syg hari ni bertuah rasanya b dapat syg.

“Semoga berjaya ye wahai tunang ku,” tulis Raja Afiq di ruangan kapsyen yang cukup ‘sweet’.

Sementara itu menerusi Instagram Soffwany pula, dia meminta maaf kepada penyokong kerana kurang berjaya memberikan persembahan yang baik atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

 

View this post on Instagram

 

dah tgk konsert suara viral tadi?? mana team #akakpolis? cerrrr komen ❤️ soffwany minta maaf xdpt perform dgn baik utk konsert pertama sbb kesihatan xmengizinkan.. suara hilang🥺apapun Alhamdulillah soffwany masih dpt mara ke konsert ke-2… so nantikan konsert ke-2 suara viral pd minggu dpn di hari dan waktu yg sama di saluran astro prima… konsert ke-2 nanti soffwany dpt lagu SETIAKU KORBANKAN dr kak gee @fauziahlatiff my idol….. doakan suara soffwany kembali pulih ye🤲🏻 terima kasih byk2 kpd abg @anasabdullah.kl yg sponsor dress letops utk soffwany..😍dan terima kasih jgk @oshascarf sudi sponsor shawl cantik nii..😍 jumpa lagi d minggu hadapan guys!!! #akakpolis #teamakakpolissuaraviral

A post shared by Soffwany Yusoff (@soffwany_yusoff) on

Dia bagaimanapun optimis untuk memberikan yang terbaik untuk saingan kedua, minggu hadapan dengan mempertaruhkan lagu Setia Kukorbankan yang dipopularkan oleh Fauziah Latiff.

Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Koperal Pemerhati Udara telah menyanyikan lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang malam tadi.

Jangan ketinggalan untuk menonton program Suara Viral setiap Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 Jun 2020 secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac dan sudah pun berbincang untuk melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mh

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bertvah Ras@nya B Dapt Sayang,” Raja Afiq Puji Penampilan Tunang, Soffwany Di Suara Viral, Sweet Betul!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*