“Bvkan Hanya Make Up, Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan” Cik Manggis Komen Barbie Challenge

Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis memberikan penjelasan mengenai cabaran tular Barbie Challenge yang dilakukannya baru-baru ini.

Menurut Manggis, tujuan dia melakukan cabaran itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan cara yang menyeronokkan.

“Saya buat cabaran itu sebab sebelum ini ternampak ramai yang lakukan di media sosial.

“Sebelum barbie, Lathi challenge yang viral terlebih dahulu dan ramai yang meminta saya untuk melakukan cabaran tersebut.

“Tetapi saya pilih untuk buat barbie. Lagipun kalau ikutkan yang original video barbie itu lain konsepnya.

“Tapi untuk versi saya, saya tukar sedikit sebab secara jujurnya secara tidak langsung saya ingin menyampaikan mesej kepada mereka yang menontonnya.

“Saya letak barbie dalam kotak itu konon-kononnya membawakan maksud dalam kehidupan kita ini jangan sesekali bagi orang control kita,” katanya

Tambah Manggis lagi, dia mahu memanfaatkan platform media sosial untuk menyebarkan benda-benda positif.

“Kalau boleh setiap video yang saya buat saya suka yang mempunyai mesej disebaliknya.

“Bagi saya, lebih baik kita gunakan platform itu dengan baik. Sambil suka-suka sambil-sambil beri mesej,” ujarnya.

Terdahulu, #BarbieChallenge sebelum ini menjadi tular kerana keunikan teknik solekannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bvkan Hanya Make Up, Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan” Cik Manggis Komen Barbie Challenge"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*