Memori Pau Kaya… Selepas 3 Dekad, Ketua P0lis PJ Jejak Kasih Penyelia Syarikat Bapa “Terharv, Aunty Ah Siong Simpan Keratan Akhbar Berita Saya”

BAGAIKAN jejak kasih, satu pertemuan buat pertama kali selepas bertahun-tahun menyentuh emosi.

Barangkali begitulah yang dirasai seorang warga emas sewaktu dikunjungi oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pada pagi Rabu.

“Aunty Ah Siong… masa kecil-kecil dulu, dia selalu belikan saya pau. Orang tua saya kerja di kawasan ini dan dia bekerja sekali.

“Sekarang ni, saya boleh beli pau saya sendiri, saya hantarlah balik kat dia,” menurut Nik Ezanee menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Menerusi rakaman yang berlangsung selama kira-kira 10 minit itu, wanita warga emas itu terkejut dan menahan seb4k kegembiraan menyaksikan kehadiran Nik Ezanee.

Nik Ezanee di luar kediaman Aunty Ah Siong. Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Bercakap kepada mStar, Nik Ezanee berkata, dia mula mengenali Aunty Ah Siong sejak umurnya enam tahun.

“Masa tu ayah saya mengusahakan perniagaan bulk mail (khidmat mel secara pukal) di Petaling Jaya. Ketika itu Aunty Ah Siong menjadi penyelia di tempat kerja ayah.

“Setiap kali, ayah bawa saya ke tempat kerja, Aunty Ah Siong selalu beri saya pau kaya sebab saya masih keci lagi dan dia pun sukakan kanak-kanak,” katanya kepada mStar.

Berkongsi kisah masing-masing setelah lama tidak berjumpa. Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Nik Ezanee berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan wanita warga emas yang kini berusia 80an itu adalah semasa berusia 10 tahun.

Beliau yang kini berusia 42 tahun menambah, kisah mengenai Aunty Ah Siong menjadi topik perbualannya bersama bapanya dalam satu pertemuan, pada Ahad lalu.

 

Saya benar-benar terharu kerana Aunty Ah Siong mengikuti perkembangan saya sebab masa kecil-kecil dahulu saya pun tak terfikir atau menjangkakan saya akan bergelar seorang polis seperti hari ini

NIK EZANEE MOHD FAISAL

“Ahad lepas, ayah tiba-tiba ada sebut pasal Aunty Ah Siong. Dan saya pun terfikir sudah lama tak jumpa dia. Ayah beritahu Aunty Ah Siong tinggal di Petaling Jaya.

“Jadi, saya menziarahinya dan kali ini membawa pau sebagai tanda ingatan, dah 30 tahun tak jumpa dia. Saya bawa juga sekotak topeng muka untuk dia mengamalkan langkah-langkah pencegahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya sambil menambah dalam pertemuan singkat itu mereka dua bertanya khabar dan berkongsi mengenai perkembangan masing-masing.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya mendekati masyarakat terutama golongan berisiko, sebagaimana yang digariskan dalam tujuh strategi PKPP. Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Tambah Nik Ezanee, kerajaan melaksanakan PKPP dengan berteraskan tujuh strategi termasuk perlindungan golongan berisiko seperti warga emas.

“Saya mulakan dulu program seumpama ini dengan mendekati masyarakat dengan lebih rapat dan saya telah mengenali Aunty Ah Siong sejak kecil lagi, dan selepas ini pegawai-pegawai saya akan meneruskan dengan berjumpa golongan berisiko seperti warga emas,” ujarnya.

Aunty Ah Siong mengikuti perkembang Nik Ezanee menerusi keratan akhbar yang disimpannya.

Beliau bagaimanapun tidak menyangka setelah tiga dekad tidak bersemuka, Aunty Ah Siong yang memanggilnya dengan nama Ezanee itu masih mengingatinya.

“Dia terkejut bila berjumpa dengan saya, tak terkata. Tapi saya juga terkejut apabila Aunty Ah Siong ada menyimpan keratan akhbar mengenai berita-berita tentang saya mengendalikan k3s.

“Saya benar-benar terharu kerana Aunty Ah Siong mengikuti perkembangan saya sebab masa kecil-kecil dahulu saya pun tak terfikir atau menjangkakan saya akan bergelar seorang polis seperti hari ini.

“Apa yang saya ingat sehingga kini adalah pesanan Aunty Ah Siong yang mahu saya belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya,” ujar Nik Ezanee.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MSTAR

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Memori Pau Kaya… Selepas 3 Dekad, Ketua P0lis PJ Jejak Kasih Penyelia Syarikat Bapa “Terharv, Aunty Ah Siong Simpan Keratan Akhbar Berita Saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*