“Saya Tak Tahu Apa-Apa…” Elfira Loy Tvnjuk Benda Lain Tapi Benda Lain Pula Jadi Perhatian Netizen

Pelakon Elfira Loy berkongsi foto beberapa pokok hiasan dalaman yang baru sahaja dibelinya.

Menurut Elfira, dia tidak tahu tentang cara penjagaan pokok yang dibelinya itu dan meminta orang ramai untuk memberi tunjuk ajar.

“Selamat datang pokok-pokok baru saya, saya tak tahu apa-apa mengenai cara penjagaan pokok ini, jadi, anda semua dialu-alukan untuk memberi tunjuk ajar,” tulisnya di Instagram.

Antara jenis pokok yang kelihatan dalam foto itu adalah satu spesis Lidah J1in atau ‘Snake Plant’.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elfira menasihatinya untuk membaca info mengenai ‘Snake Plant’ terlebih dahulu sebelum meletakkannya di dalam rumah kerana ia dikatakan tidak sesuai untuk bay1i ataupun binatang peliharaan.

Tunjuk Deco Pokok sekali anak pulak yg tarik perhatian netizen

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memuji kecomelan anak lelaki Elfira, Muhamad Ryyan Khalaf yang turut kelihatan dalam foto di entri itu.

Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan kehadiran Ryyan pada 1 Oktober 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Tak Tahu Apa-Apa…” Elfira Loy Tvnjuk Benda Lain Tapi Benda Lain Pula Jadi Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*