Sebab Tdak Mahu Buat Ini, Peniaga Durian Terp@ksa Membayar Denda RM1000

JASIN: Dalam keghairahan peniaga durian di daerah ini melayan sambutan amat baik pelanggan terhadap raja buah itu, dua daripada mereka didenda RM1,000 setiap seorang kerana gagal mempamerkan tanda harga.

Dua peniaga berusia lingkungan 40-an itu dikesan melakukan kesalahan itu dalam pemeriksaan dijalankan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di beberapa lokasi di daerah ini hari ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pemeriksaan itu dijalankan berikutan aduan pengguna mengenai sesetengah peniaga durian tidak meletakkan tanda harga pada jualan mereka, dikhuatiri cuba mengeksploitasi harga.

Katanya, denda berkenaan dikenakan mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

“Pengguna mendakwa ada peniaga sengaja tidak mahu meletakkan tanda harga kerana bimbang pelanggan tidak mahu singgah atau berhenti untuk membeli jika mereka berbuat demikian atau mahu mengenakan harga lebih tinggi kepada pengguna,” katanya.

Beliau menjelaskan, tumpuan pemeriksaan adalah kepada penjualan durian kerana musim raja buah itu sudah bermula sejak minggu lalu dan dijangka berterusan hingga hujung Ogos depan.

Katanya, pemeriksaan seumpama itu bukan untuk menganiaya peniaga durian, sebaliknya bagi menjaga kepentingan pengguna dan peniaga kerana kedua-dua pihak saling memerlukan.

“Pemeriksaan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, bukan setakat di daerah ini, malah Melaka Tengah dan Alor Gajah,” katanya.

Beliau meminta pengguna supaya membuat aduan kepada pejabat kementerian itu jika mengesy4ki ada peniaga durian mengekspl0itasi harga dengan tujuan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: BHARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebab Tdak Mahu Buat Ini, Peniaga Durian Terp@ksa Membayar Denda RM1000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*