Aliff Syukri Penlng Kep@la Terima Kecman, Ustaz Kazim Cakap Ramai Yang Sayang “Kalau Kita Reda Dan Maafkan, Pahla Dapat …”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri buntu apabila setiap gerak-geri yang dilakukan akan menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dia menyatakan ramai orang yang sayang terhadap Aliff justeru perihal dirinya sentiasa diambil berat.

Ustaz Kazim menjawab persoalan dari Aliff mengenai kecaman dalam episod pertama program Lawak Tak Lagha musim kedua yang sudah bersiaran pada 11 Jun lalu.

“Mungkin itu tanda orang sayang kepada Aliff, sentiasa ambil berat pasal dia. Selalunya apabila orang kisah pasal kita, dia akan selalu sebut.

“Di sebalik kecaman tadi, jika Aliff seorang yang ikhlas dan jujur. Walaupun sering terima hentaman, kalau kita reda dan maafkan dia, pahala dapat kat kita.

 

View this post on Instagram

 

Nak gi kerja jerr wajib cium raudah❤️❤️ siapa suka bau baby.. cer komen d bawah👇🏻 kenapa..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Sebab itu kadang-kadang kita buat cerita yang memang minta untuk dikecam. Ini bukan pasal Aliff la,” katanya sambil ketawa.

Tambah Ustaz Kazim, dia berpendapat sebaiknya Aliff menyerahkan segala kecaman yang diterima itu kepada Allah dan menggantikannya dengan kebaikan.

“Sekarang Aliff boleh buat pilihan, niat yang baik dan ikhlas. Kalau ada lagi yang masih menghentam, kita serahkan kepada Allah.

“Kita gantikan kecaman dengan kebaikan. Insya-Allah apabila kita baik, kebatilan akan pergi, kebenaran akan datang. Itu yang Aliff perlu yakin,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aliff Syukri Penlng Kep@la Terima Kecman, Ustaz Kazim Cakap Ramai Yang Sayang “Kalau Kita Reda Dan Maafkan, Pahla Dapat …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*