Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-2, Ini Pendedahan Suaminya

Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

“Salam…Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (semalam).

“Terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya ringkas menerusi satu posting di Instagram Story miliknya malam tadi.

 

Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu.

Gempak masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada pasangan tersebut, namun belum menerima sebarang respons.

Semalam, menerusi satu status di Instagram Story, Mia turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya matanya.

Terdahulu, Mia mengakui dirinya hamil anak kedua selepas netizen mula membuat spekulasi apabila dia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Saksikan drama lakonan Mia Ahmad di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVI1D-19!

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin🙏🏻

A post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-2, Ini Pendedahan Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*