4 Juta Pengguna Domestik Nikmati Elektrik Percuma

Selepas beberapa minggu rakyat menghadapi isu bil elektrik yang melambung tinggi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, seramai 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.
“Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tonton sidang media penuh :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "4 Juta Pengguna Domestik Nikmati Elektrik Percuma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*