Abang Tampil Beritahu Siapa Sebenar Adik Dia Dan Apa Yang Terjadi Sebelum Itu

Gempar satu Malaysia tentang per0mpak bank berusia 19 tahun yang m4tl ditemb4k dengan pengawal keselamatan. Pihak polis memberitahu tiada rekod jen4yah pernah direkodkan.

Bermacam macam spekulasi yang keluar di media sosial tentang siapa sebenarnya lelaki usia 19 tahun tersebut. Akhirnya salah seorang ahli keluarga (abang) tampil beritahu siapa sebenarnya adik dia.

“Nak kurang ajar dengan orang tua pun dia takut, inikan lagi nak merompak bank yang terdapat ramai orang.”

Begitu kata abang kepada remaja lelaki berusia 19 tahun yang ma-ut ditem-bak pengawal keselamatan dalam kejadian r0mpa-kan di sebuah bank di Air Tawar 5, di sini, petang kelmarin.

Azhari A Bakar, 31, berkata adik bongsunya, Azhar, 19, yang juga orang kurang upaya (0 K U) dislek-sia disifatkan seorang lurus bendul, menyayangi ibu mereka dan peramah.

Katanya, pada hari kejadian, Azhar yang lebih mesra dipanggil Doyok keluar dari rumah seorang diri kira-kira jam 1 tengah hari dengan memandu Proton Wira tanpa sempat menjamu masakan kari ayam yang dimasak ibu mereka.

“Malam sebelum itu, dia ada maklumkan mahu ke Mersing kata nak ikut kawan pergi cari kerja. Siangnya nampak dia tidak bersiap lagi, mak pun suruh dia keluar beli lauk. Namun, tidak lama selepas itu dia keluar semula.

“Kemudian, polis telefon rumah tanya pasal adik punya kad pengenalan mana…lesen memandu mana. Saya ingatkan dia kena tahan sebab tiada lesen memandu, tetapi dimaklumkan arw4h kena tem-bak.

“Secara fizikal, dia (Azhar) nampak normal. Padahal, baru kelmarin (Rabu lalu) kami menyambut hari jadinya di sebuah restoran makanan laut berhampiran. Dia belanja adik-beradik makan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Felda Semenchu di sini, semalam.

Katanya, ibu mereka menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian yang men1mpa arw4h.

“Hati mak mana tidak sedih apabila mendengar khabar berita itu. Mak terduduk, menangis.

“Malah, hati saya juga s4kit, orang tvduh…(mereka) tak tahu cerita. Saya tahu ada orang di belakang…dia (Azhar) buat kerja itu bukan seorang, mesti ada kawan yang suruh,” katanya.

Katanya, dia rasa amat sedih dengan nasib men1mpa adiknya dan tidak sanggup melihat video kejadian yang tular sejak kelmarin.

“Video itu saya tidak mahu tengok, tidak mahu percaya. Satu kampung semua kenal dia…lurus sangat orangnya. Kalau ada majlis rewang (kenduri), dia mesti sukarela bantu orang kampung.

“Saya mengharapkan ada keadilan (siasatan) buatnya. Saya mohon jangan menghukum,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Abang Tampil Beritahu Siapa Sebenar Adik Dia Dan Apa Yang Terjadi Sebelum Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*