Digelar ‘G0ld Diigger’ Dengan Netizen, Ini Jawapan Intan Najuwa.. Padu!

Aktres Intan Najuwa, 23, tampil menjawab dakwaan netizen yang menyatakan dia hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit.

Nama Intan menjadi tumpuan warganet selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, yang juga merupakan bekas tunangnya.

Intan menjawab soalan tersebut di Instagram (IG) menerusi ruangan soalan ‘ask me a question’.

“Apa pendapat awak bila orang cakap awak gold digger nak lelaki kaya je,” tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, pelakon drama Hantu Punya Bos itu memberikan jawapan yang sangat matang!

“Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun.

“Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan.

“Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je,” kata Intan.

Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai.

Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Digelar ‘G0ld Diigger’ Dengan Netizen, Ini Jawapan Intan Najuwa.. Padu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*