Erma Fatima Kagvmi Kecekalan Pemuda Hadir Temuduga Selepas Kem@langan

Pengarah dan pelakon, Erma Fatima memuji semangat dan kecekalan seorang pemuda yang hadir ke temuduga untuk bekerja di syarikatnya selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Menurut Erma, pemuda itu hadir sambil menahan sakit dan enggan ke hospital selagi belum menghabiskan sesi temuduga itu.

Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Dalam entri sama, Erma turut berkongsi potongan video yang dirakam pengguna jalan raya lain menunjukkan kejadian kemalangan tersebut.

“Perjalanan dia ke pejabat saya untuk temuduga dan mendapat kemalangan, yang melanggarnya lari, sebak saya kerana dia masih datang temuduga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan saya.

“Terketar-ketar dia menahan sakit, saya suruh dia ke hospital namun dia dia tetap paksa saya untuk interview dia,” tulisnya sebagai kapsyen.

Tambah Erma, dia akan mengambil pemuda itu bekerja dengannya selepas pulih dari kecederaan serius yang dialami.

“Susah nak dapat orang secekal kau dik, dan saya dapat tahu tulang rusuknya patah, hati dia bengkak, dia mesej kata mungkin sebulan lagi baru dia akan pulih.

“Dia suruh saya bagi jawatan itu kepada orang lain, saya akan tunggu, kau lulus temuduga ini bukan kerana kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik, moga begitulah juga dedikasi kau dalam mencari rezeki.

“Akak doakan kau cepat sembuh dan posisi kau sentiasa ada di syarikat akak, akak tunggu,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Erma di ruangan komen.

Rata-rata mereka amat bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda itu, tidak kurang juga yang tidak puas hati dengan tindakan individu yang melanggar lari itu.

 

View this post on Instagram

 

Perjalanan DIA ke ofis aku untuk temuduga dan mendapat kemalangan. Yg melanggarnya lari.. Sebak aku kerana DIA masih dtg temuduga dlm keadaan berdarah semata mata utk selesaikan juga temuduganya dgn aku. Terketar ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat CEKAL dik… susah nk dpt org secekal kau. Dalam keadaan begitu kau masih usaha juga utk hadir temuduga. Dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin 1 bulan lagi baru dia akn pulih. Dia suruh bg je jawatan tu pd org lain katanya. Akak akan tunggu… kau lulus temuduga ini bkn kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalh dedikasinya kau dlm mencari rezeki. Akak doakan kau cepat sembuh dan position utk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu.. 🤗🤗🤗🤗

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Erma Fatima Kagvmi Kecekalan Pemuda Hadir Temuduga Selepas Kem@langan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*