“Saya Percaya Rezeki Allah” Jual mi RM1, Peniaga Gerai Enggan Naikkan Harga… Bakal Tambah Cawangan

ZAILANI Ismail tidak kisah menjual makanan dan minuman di gerainya di Kampung Delima, Tumpat, Kelantan hanya pada harga RM1 kerana dia percaya rezeki Allah SWT itu luas malah pengunjung ke kedainya juga tidak putus-putus.

Setelah kedainya yang menjual pelbagai hidangan sup seperti mi, kuetiau, makaroni dan bihun sup serta nasi air RM1 semangkuk tular di media sosial tahun lepas, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang turut datang dari luar Kelantan.

“Berita saya ini tular setelah disiarkan sebuah akhbar dan televisyen tempatan dan selepas itulah rezeki kedai mee seriya (RM1) ini mendapat perhatian dan dikunjungi pengunjung… sejak itu juga rezeki saya menjual makanan dengan harga RM1 terus bertambah.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya pernah menggaji seramai 11 pekerja apabila lebih 200 orang mengunjungi kedai saya setiap hari, ” katanya.

Zailani, 48, seorang penghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang itu juga sama sekali tidak bercadang untuk menaikkan harga walaupun perniagaannya semakin maju, malah akan membuka beberapa cawangan tidak lama lagi.

Selain makanan, Zailani juga menjual beberapa minuman segera dengan harga yang sama dan ketika dikunjungi, kedainya dipenuhi pelanggan terutama kanak-kanak di sekitar kampung tersebut.

Selain itu, anak-anak Zailani yang lain juga turut menjual makanan ringan seperti sosej bakar juga pada harga RM1 secucuk.

Perniagaan yang menggunakan resipi tersendiri itu turut dibantu isteri Noraizah Awang, 50 dan seorang anaknya, Siti Aminah, 20 tahun.

“Saya sanggup berkongsi rahsia kepada mereka yang berminat untuk mengubah hidup walaupun menjual makanan dengan harga murah kerana saya percaya rezeki Allah SWT itu luas dengan cara bersedekah seperti ini,” katanya.

Seorang pelanggan, Muhammad Aidiel Asyraaf Zabidi, 23, dari Perak berkata beliau pada mulanya tidak percaya dengan harga makanan itu.

“Bila saya datang dengan kawan barulah saya percaya dan rasanya pun sedap. Saya berdoa agar rezeki pak cik ini bertambah kerana dia tidak kedekut kerana di kedai lain harganya mungkin RM5 semangkuk,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MSTAR

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Percaya Rezeki Allah” Jual mi RM1, Peniaga Gerai Enggan Naikkan Harga… Bakal Tambah Cawangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*