“Dia Dijumpai Dalm Keadaan Terpinga- Pinga Dan…” Hlang 11 Hari, Akhirnya Anak Saudara Fauzi Nawawi Ditemvi Di Kelantan

Pelakon Fauzi Nawawi mengesahkan anak saudaranya Siti Najiha, 22, yang hilang sejak 9 Jun lalu telah selamat ditemui di Tanah Merah, Kelantan semalam.

Menurut Fauzi, Najiha yang merupakan anak kakaknya ditemui oleh orang awam di stesen bas dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sihat.

“Alhamdulilah semalam kami dihubungi orang awam bahawa Najiha telah ditemui di stesen bas di Tanah Merah, Kelantan.

“Dia ditemui keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga dan didapati dia demam panas.

“Kami pun terkejut bagaimana dia boleh berada jauh dari tempat dia hilang iaitu kediamannya di Perak.

“Apa-apa pun terima kasih kepada pihak yang menjumpai dia dan bawa pulang ke rumah untuk diselamatkan,” katanya.

Suami kepada Lisdawati itu menghubungi Astro Gempak dan mengesahkan sendiri berita tersebut.

Kata Fauzi, Najiha bakal dibawa pulang ke rumah dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

“Abang ipar kini dalam perjalanan membawa Najiha pulang dan seterusnya ke balai polis untuk melaporkan situasi terkini.

“Kami juga bakal membawa Najiha ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Selebihnya kami akan serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.

Anak saudara Fauzi yang merupakan Orang Kelainan Upaha (OKU) dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu dan berita kehilangannya disebarkan selepas seminggu kehilangannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Dijumpai Dalm Keadaan Terpinga- Pinga Dan…” Hlang 11 Hari, Akhirnya Anak Saudara Fauzi Nawawi Ditemvi Di Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*