‘Kemiskinan Membatas Segala-Galanya’ Warga Emas 77 Tahun Teruja Cucu Dapat Sambung Belajar

Tidak semua dilahirkan bernasib baik, ada yang terpaksa hidup ala-kadar dalam kehidupan seharian. Seperti perkongsian NGO Kemanusian ini yang menyelami kehidupan sebuah keluarga yang boleh dikatakan agak daif. Walaupun begitu keadaan rumahnya bersih.

Bayangkan bagaimana keadaan nenek berusia 77 tahun terpaksa ke diusung untuk ke tandas yang berada di luar. Memang sedih dan sebak kami tengok..

Suka cucu dapat sambung belajar

Hari ini jam 2 petang bersamaan 20 Jun 2020, kami 3rd force Rantau Panjang bergerak kerumah Iskhandar, untuk menyerahkan borang JKM yang telah diisi untuk dapatkan pengesahan penghulu sebelum diserahkan kepada JKM ( Jabatan Kebajikan Masyarakat) Pasir Mas. Kami cuma mempermudahkan urusan keluarga ini. Besok Ahad, borang itu akan kami serakan di pejabat JKM Pasir Mas yang mana jaraknya 25 km dari rumah mereka.

Semasa kami sampai, keluarga itu sedang berada diserambi rumah. Iskhandar dengan baju baru yang kita semua belikan, hendak ke KFC, memenuhi undangan cikgu-cikgu sekolah. Mereka ingin meraikan kejayaan anak muda ini ke Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang. Kami menyapa nenek Iskhandar “Mek sihat ko”??, sihatttt jawab nenek. Khalsom 77 tahun sentiasa menyambut kami dengan senyuman. Keceriaan Mek jelas kelihatan diwajahnya, gembira hasrat cucunya untuk menyambung pelajaran tercapai dengan bantuan kita semua.

Disitu tempat makan, tempat tidur

Ya Allah, maafkan kami yang mana kami terlepas pandang. Betapa susahnya Mek untuk ketandas dan mandi. Pasti keluarga ini terpaksa mengangkat mek ketanah setiap kali nak mandi atau buang air besar serta air kecik. Sebelum ini kami tidak pernah memasuki rumah keluarga ini. Hanya diserambi itulah port kami. Meminta izin memasuki rumah ini, bila kaki melangkah masuk ,alangkah terkejutnya diri ini. Tiada bilik, disitu tempat makan dan disitulah tempat tidor. Didalam dan diluar rumah ceritanya berbeza.

Iskhandar mempunyai seorang adik perempuan berumur 15 tahun. Bermain di minda, bagaimana anak dara ini tukar pakaian, pakai baju dan sebagainya. Walaupun keadaan rumah yang sempit tapi tetap bersih. Keluarga ini juga ingin anak dara mereka membesar seperti anak orang lain,tapi apakan daya, kemiskinan membataskan segala-galanya. Jom semua kita bantu keluarga ini, kita buatkan mereka tandas, bilik air dan juga bilik. Kita bantu anak remaja ini menjaga aib mereka. Menjaga kehormatan mereka bilamana ingin mandi, ingin tukar pakaian serta bila malam menjelma. Kami percaya ramai dermawan diluar sana akan membantu keluarga ini. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Mereka semua adalah ladang pahala kita. Mereka tidak pernah meminta minta, kita yang terpanggil untuk membantu mereka.

Jom derma

Dan kepada yang ingin menyumbang boleh menghubungi kak mah “0129492923”dan salurkan sumbagan anda kepada

YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Islam Cawangan Pasir Puteh Kelantan
No Akaun : 03090010066340
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Raja Shamri

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Kemiskinan Membatas Segala-Galanya’ Warga Emas 77 Tahun Teruja Cucu Dapat Sambung Belajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*