Kes Import Di New Zealand, Sediakah Kita Bvka Sempadan Negara?

Keputusan terbaru pihak kerajaan untuk membuka pintu masuk negara selepas hampir dua minggu Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan mungkin kritikal dan penting untuk ekonomi negara.

Jumaat lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkana bahawa kerajaan mula membuka pintu masuk negara dengan membenarkan kemasukan kumpulan ekspatriat tanpa perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imegresen Malaysia, menurut laporan Bernama.

Menurut beliau, kebenaran tersebut diberikan kepada eskpatriat yang berada di dalam kategori Ep1, Pas Lawatan Profesional dan Pas Residen kepada Golongan Berbakat yang melibatkan pengurusan Tertinggi.

Selain itu, kerajaan juga dalam pertimbangan untuk memberikan kelonggaran kepada warga Singapura dan Brunei sebagai timbal balas kepada kerajaan Singapura dan Brunei yang memberikan kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk keluar masuk ke negara-negara tersebut tanpa sebarang sekatan.

Walaupun kelonggaran diberikan, namun setiap daripada mereka mestilah menjalankan ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.


(Gambar sekadar hiasan)

Langkah ini penting untuk memastikan tidak ada jangkitan COVID-19 import yang masuk ke negara ini bagi memastikan perjuangan membendung penularan wabak ini akan menemui kejayaan sepenuhnya.

Namun begitu, New Zealand, negara yang diuar-uarkan bebas COVID-19 lebih tiga minggu tanpa sebarang kes kini menghadapi kes import pertama mereka selepas dua wanita daripada United kingdom didapati positif COVI-19 pada 16 June lalu.

Mengikut laporan CNN, dua wanita daripada keluarga yang sama memasuki New Zealand melalui Australia untuk melawat saudara yang meninggal dunia, dan telah diletakkan di bawah isolasi di sebuah hotel di Auckland setibanya mereka di sana.


(Gambar sekadar hiasan)

Perkara tersebut dikongsikan pada satu sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan New Zealand, Dr Ashley Bloomfield, yang kemudiannya membenarkan mereka menaiki kenderaan persendirian ke Wellington untuk melawat saudara mereka.

Pegawai kesihatan tempatan turut membuat saringan kepada keluarga yang ingin dilawati, dan mengasingkan salah seorang ahli keluarga yang mempunyai risiko untuk dijangkiti menurut kenyataan daripada kementerian kesihatan.

New Zealand sebelum ini menjadi perhatian dan pujian seluruh dunia apabila Perdana Menteri, Jacinda Arden mengumumkan negara tersebut tidak lagi mempunyai kes aktif COVID-19 dan pesakit terakhir telah disahkan sembuh.

Perdana Menteri New Zealand kemudiannya membuat pegumuman bahawa kehidupan di New Zealand kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan domestik seperti penjarakan sosial dan perhimpuanan awam, namun masih melakukan sekatan yang ketat untuk memasuki negara tersebut.

Ketika ini juga China mula bimbang berlakunya gelombang kedua COVID-19 apabila berlaku kes baru di Beijing yang dikatakan bermula di pasar borong Xinfadi. Menurut laporan Awani, bukan sahaja beberapa pasar borong di Beijing telah ditutup, tetapi juga pembukaan sekolah untuk kelas satu hingga tiga turut ditangguhkan dan turut mengarahkan perintah berkurung sepenuhnya.

Biarpun kes di Beijing merupakan kluster tempatan, namun impaknya tetap besar kepada seluruh dunia kerana wabak tersebut masih lagi berada di tahap merbahaya dan kemungkinan besar gelombang-gelombang berikutnya berlaku masih lagi berada di tahap yang tinggi.


(Gambar sekadar hiasan)

Menurut Reuters, pada 19 June, 22 kes baru dilaporkan di Beijing sahaja (27 keseluruhan di China), 25 kes pada hari sebelumnya (32 keseluruhan di China) seperti yang dilaprkan oleh China’s National Health Commission (NHC) semalam.

Manakala melalui kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 18 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Daripada 14 kes baharu tersebut, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Manakala pada 19 Jun, terdapat dua lagi kes import baru yang dilaporkan.


Membuka sempadan negara Malaysia penting untuk menjana kembali ekonomi negara, tetapi pada masa yang sama pendekatan yang lebih ketat perlu dilakukan untuk memastikan tidak akan berlaku kluster import yang mungkin akan membahayakan nyawa rakyat Malaysia.


(Gambar sekadar hiasan)

Pastinya kerajaan Malaysia akan mengambil langkah yang terbaik untuk tidak menimbulkan rangkaian dan mungkin gelombang baru COVID-19, tapi adakah kita benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membuka sempadan negara secara berperingkat-peringkat?

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia sedang meneliti pembukaan semula sempadan negara kepada enam negara yang berstatus zon hijau iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan. Namun begitu, kemasukan mereka daripada luar harus diteliti dengan rapi kerana seperti yang berlaku di New Zealand, mereka yang berasal daripada United Kingdom terlebih dahulu terbang ke Australia sebelum mereka ke New Zealand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kes Import Di New Zealand, Sediakah Kita Bvka Sempadan Negara?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*