Meletop Macam Model! Jurusolek Ini Kongsi Transformasi Wajah Jelita Pavithra… Makin Anggun!

Foto YouTuber popular, S. Pavithra, 28, mencuri perhatian wargamaya selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

 

View this post on Instagram

 

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 

View this post on Instagram

 

Tuhan je yang tahu arini.. Tq for today semua… She in Benard Chandran yerrrrr

A post shared by @ holyblackrapunzel on

Hasil pemerhatian Gempak, rata-ratanya memuji dan terpegun melihat kecantikan Pavithra.

Di ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan hasil air tangan Razzi mencantikkan lagi wajah ayu Pavithra.

Dalam pada itu, penata gaya @holyblackrapunzel yang menjadi ‘stylist’ Pavithra dalam sesi forografi terbabit menyatakan yang wanita itu mempunyai bakat untuk menjadi seorang model.

“Dia (Pavithra) boleh pose model,” kongsinya di Instagram Stories.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Meletop Macam Model! Jurusolek Ini Kongsi Transformasi Wajah Jelita Pavithra… Makin Anggun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*