Berita Baik Bvat ‘Kaki Movie’, Panggvng Wayang Kembali Dibuka Bermula 1 Julai

Dalam sidang media Keselamatan bagi perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beberapa pengumuman penting telah dibuat.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu pembukaan semula panggung wayang yang akan dikuatkuasa bermula 1 Julai nanti.

Ikut SOP

Dalalm sidang media itu, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu panggung wayang akan dibuka mengikut SOP yang ditetapkan dengan hanya maksimum 50 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Selain itu, teater dan juga live event turut dibenarkan berlangsung semula bermula 1 Julai ini. Namun begitu, persembahan-persembahan yang dinyatakan hanya dibenarkan dilakukan dalam dewan tertutup sahaja.

Disamping itu, pertanyaan berkenaan majlis perkahwinan  juga telah diajukan oleh wartawan dalam sidang media tersebut sama ada boleh dilakukan ataupun tidak.

Walau bagaimana pun Menteri Keselamatan memaklumkan keputusan berkenaan jawapan soalan yang ditanya akan diberitahu pada hari rabu, iaitu sidang media berikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Bernama, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Berita Baik Bvat ‘Kaki Movie’, Panggvng Wayang Kembali Dibuka Bermula 1 Julai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*