Kumpul Sah4m Akhlrat, Awie Bantu Artis Veteran Terl@ntar Sak1t

Baru-baru ini, Datuk Awie bersama 20 ahli kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS) dan Kelab Wings melakukan kerja amal dengan pergi ke rumah penggiat seni dan artis veteran yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka

Difahamkan, Awie menziarahi pelakon veteran Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 70, yang kini terl4ntar akib4t ser4ngan angin ahmar sejak lebih tiga bulan lalu, di rumah sewa anaknya, di Taman Matahari Height, Senawang.

Menurut Awie, ini adalah salah satu cara dimana beliau bersama rakan-rakan permotoran memberi bantuan buat rakan-rakan artis yang yang kesusahan atau tidak lagi aktif kerana kerana berdepan masalah kesihatan.

“Ini adalah cara yang kami selalu lakukan untuk membantu golongan dan rakan-rakan yang tidak sihat. Ini satu petanda yang baik dan sebagai rakan artis, saya bersyukur kerana dapat bersama dalam program amal seperti ini.

“Ini masa dia (Amran) dan masa saya tidak tahu lagi. Sebagai insan seni, begitulah hakikatnya bahawa kita ini tiada gaji seperti orang lain, ada kerja ada gaji dan tiada kerja tiada gaji,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata golongan artis perlu bersatu dan saling membantu antara satu sama lain kerana di masa hadapan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana kejaya sebagai anak seni ada pasang surutnya.

“Kita tidak tahu pada masa hadapan apa akan berlaku namun dengan adanya rakan-rakan yang prihatin dan memberikan sokongan, sekurang-kurangnya kita dapat dibantu.

“Ini yang kami (Kelab Wings) dapat lakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan program amal ini akan berjalan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Awie juga bercadang untuk menzirahi rakan artis lain yang tidak sihat seperti Hamid Gurkha dan ahli kumpuan EXPDC serta balu kepada allahy4rham Yazid (Search).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kumpul Sah4m Akhlrat, Awie Bantu Artis Veteran Terl@ntar Sak1t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*