Jurusolek Terkenal Dedh Sikap Sebenar Pavithra Yang Ramai Tak Tahu

Jurusolek selebriti popular Razzi Musa akui kagum dengan keperibadian dimiliki YouTuber S. Pavithra ketika kali pertama bertemu ibu beranak dua tersebut.

Razzi berkata, Pavithra seorang wanita yang sopan santun, lemah lembut serta sangat menjaga tutur katanya ketika berbicara.

“Bila jumpa Pavithra, macam mana dia dalam video, macam tu jugalah dia di luar. Tutur kata yang sopan, orangnya lemah lembut.

Dia menjaga bahasa dia setiap kali nak bercakap dengan kita. Sangat humble,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya pengalaman pertama ‘mencantikkan’ wajah seorang wanita bukan selebriti, Razzi mengakui sudah lama memasang impian untuk menyolek Pavithra, tambahan lagi dia juga merupakan peminat dan mengikuti Pavithra di YouTube.

“Bila dapat tahu akan solekkan Pavithra saya teruja sebab saya memang followers di saluran YouTube Sugu Pavithra sebelum mereka viral lagi.

“Memang dream come true, sebab sebelum ini pun memang dah ada niat nak solekkan dia. Dia memiliki raut wajah (features) yang cantik.

“Bukan memilih nak solekkan orang itu atau ini, tetapi dari awal lagi dia buat saya kagum dengan usaha dia.

“Saya rasa mana-mana jurusolek pun akan mempunyai perasaan sama, jika dia mengagumi seseorang dan kemudiannya dapat ‘pegang’ pula muka orang tu, mesti teruja!” katanya.

View this post on Instagram

Kisah yang ditularkan semalam tentang Pavithra menjadi model photoshoot sebenarnya EKSKLUSIF untuk @pepatungmy . Team kami ke Sungai Siput, Perak bagi menjayakan sesi fotografi dan temu bual bersama pasangan suami isteri Sugu Pavithra. . Layari cerita mereka di pepatung.com.my dan terima kasih kerana membaca dari sumber asal❤ . Penulis: @alif_ashburn / Jurufoto: @pinography / Juruvideo: @nabilhussin / Jurusolek: @razzimusa / Penata Gaya: @holyblackrapunzel / Pembantu Fotografi: @itsme_gigy / Grafik: @sutramaya / Pakaian: @bernardchandranofficial , @wanpaofficial , @rizmanruzaini & Gayathiri Silk Sarees Palace / Aksesori: @alamkaara & @zulherizalstudio . #pepatungmy #wajahpepatung #sugupavithra

A post shared by PEPATUNG (@pepatungmy) on

Tambah Razzi lagi, dia gementar ketika mahu menyolekkan Pavithra kerana bimbang ‘look’ yang diberikan tidak disukai.

“Saya memang nervous sebab memang saya dah plan nak berikan dia look yang simple dan minimalis. Memang saya takut hasil kerja saya tidak diterima, tapi Alhamdulillah saya menerima maklum balas positif daripada warganet.

“Ada yang tanya kenapa saya pilih look tersebut? Saya mahu educate orang di luar sana yang make-up simple dan minimalis pun boleh buat kita kelihatan cantik, tak perlu bereskperimen dalam solekan.

“Terima kasih kerana suka hasil kerja saya. Saya menghargainya,” katanya merendah diri.

Dalam pada itu, Razzi sempat memberikan tips kepada semua yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan.

“Memegang title jurusolek itu bukan sesuatu yang mudah. Kita ada tanggungjawab terhadap orang lain yang mengharapkan hasil terbaik dari kita.

“Jadi jika mahu menjadi jurusolek yang bagus, kita kena study dulu tugasan diberikan. Apa hasilnya (outcome) selepas itu.

“Sesuaikan solekan kita dengan keperluan dan situasi. Contohnya kalau nak look fashion, kita kena study tentang fashion look…kalau solekan untuk personaliti, kita kaji juga apa yang sesuai untuk look tersebut.

“Begitu juga dengan majlis-majlis seperti makan malam atau kenduri kahwin. Setiap teknik solekan adalah berbeza-beza.

“Jurusolek juga perlu educate client tentang make-up, jangan lokek berkongsi ilmu dan bertukar pandangan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarding Sangatkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Jurusolek Terkenal Dedh Sikap Sebenar Pavithra Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*