Bagi Sokongan Untuk Pelajar Dan Guru, Warga RTM Hari Ini Bersiaran Pakai Seragam Sekolah

Bagi menunjukkan sokongan penuh kepada pelajar-pelajar dan juga guru  yang memulakan sesi persekolahan setelah lebih tiga bulan bercuti susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baru-baru ini, warga RTM di seluruh negara turut mengenakan seragam sekolah bagi menyuntik semangat kepada pelajar, guru dan ibu bapa dalam memulakan semula sesi persekolahan.

Nak bagi sokongan untuk pelajar

Dapat dilihat kesemua kakitangan RTM termasuk penyampai berita, wartawan dan krew penerbitan mengenakan pakaian seragam sepanjang bersiaran hari ini.

Kelainan ini bertujuan mencetuskan penyebaran positif agar kesemua masyarakat turut sama memberi sokongan, agar para pelajar kembali bersemangat meneruskan pembelajaran dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Bersemangat baca berita pakai baju sekolah

Nampaknya, inisiatif yang dilakukan warga RTM mendapat sambutan daripada netizen apabila beberapa foto penyampai berita memakai seragam sekolah mula tular di media sosial.

Comelnya tengok masing-masing pakai baju sekolah, untuk adik-adik yang masuk sekolah hari ini pasang niat baru nak buat yang terbaik untuk SPM dan STPM tahun ini, banyak kena catch up balik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: RTM & Facebook

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bagi Sokongan Untuk Pelajar Dan Guru, Warga RTM Hari Ini Bersiaran Pakai Seragam Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*