Disebabkan Ada Simpt0m, Aeril Zafrel Kena Bvat Ujian Covld-19. Ini Hasil Keputusannya Selepas 2 Hari

DISEBABKAN dua hari berasa tidak sedap badan dan sakit tek4k, pelakon, Aeril Zafrel mengambil inisiatif dengan membuat ujian Cov1d-19.

Aeril berkata, keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab pada diri sendiri dan orang sekeliling apatah lagi mempunyai bayi yang baru berusia enam bulan.

“Ujian ini saya buat dua hari lalu. Alhamdulillah, hasilnya negat1if. Saya buat sebab badan rasa sengal-sengal dan tekak gatal. Memang tak sedap badan dibuatnya.

“Disebabkan rasa was-was, jadi untuk sedapkan hati saya panggil doktor dan buat ujian Cov1id-19. Bagi saya ini lebih kepada tanggungjawab diri sendiri. Ditambah pula, saya ada tiga anak dan sudah keluar bekerja. Sebelum ini pun ada kes yang tidak mempunyai gejala. Itu yang kita takut,” katanya kepada Harian Metro

Berkongsi pengalaman menjalani ujian Covi1d-19, Aeril yang juga suami kepada pelakon, Wawa Zainal berkata, dia sampai meleleh air mata.

“Sewaktu buat ujian itu memang rasa saki1t sehingga meleleh air mata, tapi sekejap saja. Sebab kena buat dua bahagian iaitu hidung dan mulut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aeril baru selesai terbabit penggambaran telefilem Luluh.

“Pengalaman baru apabila menjalani penggambaran mengikut prosedur operasi standard (SOP). Setiap hari produksi akan buat pemeriksaan suhu badan.

“Penggunaan sanitasi tangan dan pelitup muka juga sentiasa diamalkan. Memandangkan penggambaran dibuat di tempat orang, jadi memang kena jaga keselamatan,” katanya.

KOMEN NETIZEN :

tengok pun dh ngilu 😂😂😂😂

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Disebabkan Ada Simpt0m, Aeril Zafrel Kena Bvat Ujian Covld-19. Ini Hasil Keputusannya Selepas 2 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*