Hasrat Anggota TLDM Berkahwin Hujung Tahun Mvsnah, Mavt Ketika Bertugas

Pemergian 3 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan , LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris disebabkan kemalangan jalan raya selepas lori tentera dinaiki mereka terbabas di Jalan Ranau – Tamparuli, Sabah mengejutkan seluruh negara.

Hasrat kahwin hujung tahun musnah

Dalam kenyataan lain yang diperoleh daripada Berita Harian, bapa kepada salah seorang anggota tentera yang terkorban Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan iaitu Mat Izan Mohayat, 53 memaklumkan bahawa anaknya berhasrat melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Tunda majlis tunang

Mohammad Firdaus yang berasal dari Kluang Johor itu juga terpaksa menunda perancangan untuk bertunang pada Syawal tempoh hari disebabkan perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berlangsung.

Allahyarham juga tidak dapat pulang ke kampung kerana perlu bertugas sebagai barisan hadapan di Sandakan.

Minta maaf tak dapat pulang

Tambah Mat Izan lagi, kali terakhir mereka berhubung melalui panggilan video adalah semasa hari raya yang lepas dan allahyarham memaklumkan tidak dapat balik untuk berhari raya bersama

“Kali terakhir kami berhubung melalui panggilan video pada malam dan hari pertama Aidilfitri baru-baru ini namun ketika itu dia cuma memaklumkan tidak dapat balik kerana bertugas.”

“Ketika itu, arwah banyak kali memohon ampun dan maaf daripada semua ahli keluarga termasuk, namun tidak menunjukkan sebarang kelainan.”

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung masing2

Jenazah Mohamad Firdaus dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Puteri sama ada Khamis atau Jumaat ini selepas semua urusan berkaitan selesai.

Terdahulu, tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dari Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Sandakan maut manakala seorang lagi anggota parah selepas lori tentera dinaiki mereka terbabas di Jalan Ranau – Tamparuli.

Difahamkan semua mereka dari Markas Wilayah Laut 2 Sandakan dalam perjalanan menghantar peluru ke Kota Kinabalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Berita Harian, Facebook

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hasrat Anggota TLDM Berkahwin Hujung Tahun Mvsnah, Mavt Ketika Bertugas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*