“Inilah Nasib Lelaki” Gembira Isteri Belanja Untuk Hari Jadi, Tapi…

Biasanya dalam perhubungan terutamanya antara suami dan isteri, lelaki yang bertanggungjawab menanggung segala perbelanjaan. Malah kadang kala keinginan isteri pun perlu ditunaikan untuk membuat mereka gembira walaupun tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Oleh itu apabila wanita pula yang mengeluarkan wang untuk sekali sekala belanja pasangan mereka tentunya kaum lelaki rasa seronok.

Itulah yang dapat dilihat dalam satu video yang tular di mana seorang isteri membawa suaminya ke sebuah tempat mewah untuk belanja hadiah hari jadi.

Dalam video yang telah meraih 39.3 ribu retweets dan 31.5 ribu likes, kelihatan isterinya berjalan ke arah kaunter sementara si suami yang sedang merakam mengekori di belakang.

Dia juga meluahkan seronok kerana isterinya belanja untuk hari jadi sementara menunggu isterinya untuk membuat pembayaran. Apabila juruwang memaklumkan jumlah yang perlu dibayar, wanita tersebut bertanya jika dia boleh membayar guna kad, m4langnya mesin di kaunter rosak.

Isterinya kemudian mengeluh pada juruwang kerana dia tidak mempunyai cukup wang tunai, sementara suaminya mengalihkan kamera ke wajahnya dan berkata “haa… mampus”.

Reaksi spontan lelaki tersebut membuat ramai geli hati, manakala ramai lelaki lain faham apa yang dirasainya. Ada yang berkongsi pernah melalui situasi yang sama, apabila wanita ingin belanja tetapi tidak membawa cash atau belum mengeluarkan duit dan akhirnya mereka juga yang perlu mendahulukan duit mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Inilah Nasib Lelaki” Gembira Isteri Belanja Untuk Hari Jadi, Tapi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*