“Saya Mula Minat Sejak 23.8.2019” Bobby Suara Viral Bvka Mvlut Kisah ‘Jatvh Hati’ Dengan Aina Abdul, Siap Hafal Tarikh Tau!

Pasti ramai yang kagum selepas melihat persembahan konsert minggu pertama Suara Viral daripada abang rider, Bobby ketika menyanyikan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.

Bahkan, ketika itu, Bobby yang menyampaikan lagu tersebut turut mendapat pujian daripada para juri khususnya Misha Omar sendiri.

Begitupun, di sebalik penyampaian lagu tersebut, kata Bobby, ada kisah tersendiri yang membuatkan dia meminati Aina selaku idolanya.

“Saya mula minat dengan Aina Abdul sejak 23.8.2019. Ketika itu saya pergi menghantar barang di Publika. Sewaktu di sana saya nampak Aina tengan buat persembahan.

“Pada masa itu, saya tidak pernah mengenalinya pun lagi. Cuma saya kagum dia ada suara yang hebat. Saya tunggu dia habis menyanyi lagu Bahasa Inggeris dan kemudian sehingga lagu Sumpah.

“Sebelum ini saya lebih minat dengar lagu bahasa Inggeris. Itu yang saya kemudian cari info pasal Aina,” katanya

Menurut Bobby lagi, dia sendiri bersyukur apabila diberi peluang menyampaikan lagu Sumpah di minggu pertama konsert Suara Viral.

“Saya memang nak sangat bawa lagu Aina, dan kebetulan dapat lagu Sumpah.

“Saya teringin nak bawa versi sendiri kerana suara saya ini counter kepada suara Aina yang soprano,” katanya yang menjadikan Aina sebagai idolanya dalam dunia nyanyian.

Bobby bakal tampil di konsert minggu kedua Suara Viral pada malam ini dengan menyanyikan lagu Obses nyanyian asal Akim & The Majistret.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Mula Minat Sejak 23.8.2019” Bobby Suara Viral Bvka Mvlut Kisah ‘Jatvh Hati’ Dengan Aina Abdul, Siap Hafal Tarikh Tau!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*