Gvgur 3 Prajvrit Negara, Jen@zah Anggota TLDM Diterbangkan Ke Kampung Halaman

Pemergian 3 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia disebabkan kemalangan tempoh hari sememangnya amat mengejutkan.

Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan, Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dan Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35 disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu- Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi.

Jenazah LK Maslim selamat dikebumikan
Pada pagi tadi, ketiga-tiga jenazah perajurit yang terkorban itu telah dibawa pulang ke kampung halaman masing masing.

Jenazah Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35 telah selamat disemadikan di Samporna, Sabah selepas jenazah allahyarham dibawa menaiki helikopter TUDM EC pulang ke kampung halamannya.

Penerbangan khas bawa pulang ke kampung
Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia juga telah melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah LK 1 Mohamad Firdaus Mat Izan dan LK 1 Muhammad Arif Idris yang diterbangkan pulang ke Johor serta Melaka untuk disemadikan di kampung halaman mereka selepas pihak Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth memandikan dan mengkafankan jenazah semalam.

Terdahulu menerusi Bernama, tiga anggota TLDM dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan maut dalam kemalangan yang berlaku pukul 1.03 petang pada selasa tempoh hari.

Manakala seorang lagi anggota yang cedera ialah Vincent M.Orel, 24, berasal dari Sarawak dan kini menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, Sepanggar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:BernamaTentera Udara Diraja Malaysia,

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gvgur 3 Prajvrit Negara, Jen@zah Anggota TLDM Diterbangkan Ke Kampung Halaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*