“Tidvr, Tengok Drama Korea”.. Jawapan ‘Jujur’ Pelajar Sekolah Ini Dalam Temubual Buat Ramai Gel4k Besar..

Setelah hampir 3 bulan sekolah ditutup dan pelajar diarahkan untuk belajar secara online bagi memb3ndung penyebaran wab4k Cov1d-19, hari ini (Rabu) sesi persekolahan telah dimulakan semula bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam tahun ini.

Selain ada yang seronok untuk pulang ke sekolah, ada juga yang telah terlalu selesa duduk di rumah sehingga tidak bersedia untuk memulakan persekolahan.

Salah seorang pelajar yang ditemubual pada hari pertama persekolahan telah menarik perhatian ramai dengan jawapannya yang terlalu jujur.

Dalam temubual oleh akhbar online Malaysia Gazette, pelajar lelaki bernama Muhd Fikri itu mengatakan bahawa dia telah membuat persiapan sekolah seminggu sebelum persekolahan bermula.

Ditanya tentang apa persiapan yang dibuat, pelajar tersebut menjawab persiapan mencari baju sekolah kerana sekolah lama ditutup sehingga sudah tidak jumpa baju sekolah.

Apabila ditanya pula apakah yang dilakukannya sepanjang 3 bulan, pelajar tersebut dengan selamba menjawab dia banyak menonton drama Korea dan tidur, membuat ramai g3li hati.

Pelajar itu juga berkata sukar untuk belajar secara online di rumah berbanding sekolah kerana sambungan internet yang tidak lancar.

Temubual yang diberikan pelajar itu membuat ramai gelak besar kerana jawapannya yang terlalu jujur dan spontan.

Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menonton drama Korea jika sambungan internetnya tersekat-sekat.

Komen Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tidvr, Tengok Drama Korea”.. Jawapan ‘Jujur’ Pelajar Sekolah Ini Dalam Temubual Buat Ramai Gel4k Besar.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*