Video Risteena ‘Disembvr’ Alr Oleh Ramona Raih Perhatian Warganet, “Sedlh…”

Ramona Zamzam mahupun Nur Risteena bukanlah pelakon baru dalam industri seni tanah air, malah sudah banyak drama dilakonkan mereka yang berjaya melonjakkan lagi nama mereka.

Selain memiliki rupa paras cantik, lakonan mereka tak dinafikan cukup memberikan kesan kepada penonton di kaca televisyen dan menerusi perkongsian terbaru Risteena di laman Instagram peribadinya, ternyata berjaya menarik perhatian peminat dan pengikut dimana dia turut popular dilaman sosial dengan memiliki 1.1 juta followers.

 

View this post on Instagram

 

@nur_risteena ckp i mcm boyfriend dia sbb tu dia tgk i mcm tu 🤪 #LelakiItuUntukku2

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on


Seperti yang dikongsikan oleh kedua-dua pelakon ini dilaman sosial peribadi di Instagram, peminat drama tempatan dapat melihat gandingan mereka bersama menerusi drama berjudul Lelaki Itu Untukku musim yang kedua.

Risteena yang turut berkongsikan hal itu memberitahu bahawa drama gandingan mereka bersama ini bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih membuatkan orang ramai tertarik apabila Risteena berkongsikan satu rakaman video pendek lakonan mereka yang berjaya meninggalkan kesan terhadap yang menontonnya sehingga mereka menerima pelbagai reaksi warganet.

 

View this post on Instagram

 

LELAKI ITU UNTUK KU MUSIM KE-2 . COMING SOON . @ramonazamzam @lisdawati15 . Makeup by @shah_peel

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Dapat diperhatikan, Ramona menyembur wajah Risteena dengan air sekali gus membuatkan mereka memuji lakonan kedua-dua pelakon ini dan warganet juga tidak sabar untuk menyaksikan drama itu.

Dalam pada masa yang sama, Ramona yang turut popular gara-gara cara gelaknya turut menerima reaksi lucu peminat diruangan komen.

“Wow tak sabarnya”

“Mesti ketawa hakhakhak kat belakang tu”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Risteena ‘Disembvr’ Alr Oleh Ramona Raih Perhatian Warganet, “Sedlh…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*