Alhamdulillah, Selepas 3 Tahun Peminat Dapat Berita Menggembirakan

SELAMA 24 tahun berada dalam industri seni tanah air, sudah pasti banyak kenangan pahit manis yang dilalui oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi pelantun lagu “Air Mata Syawal”, antara momen yang tidak mungkin beliau lupakan sepanjang menjadi anak seni.

Ini adalah apabila menerima kunjungan peminat hampir 4,000 orang di kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang.

“Momen ini semasa saya mula-mula nak naik sebagai penyanyi.

“Saya beraya di Kuala Lipis dan tetamu yang datang hampir 4,000 orang.

“Mak saya terus masak mihun untuk tetamu yang hadir dan saya sendiri jadi waiter untuk melayan semua tetamu yang hadir,” katanya kepada Astro AWANI.

Baginya, itu antara momen yang tidak mungkin beliau lupakan sepanjang bergelar anak seni.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza juga berkongsi lagu raya kegemarannya.

Menurut Siti, lagu “Sesuci Lebaran” ciptaan allahy4rham Pak Ngah menjadi pilihannya.

“Dalam banyak-banyak lagu raya, saya tak boleh menafikan lagu pertama raya yang saya nyanyikan ciptaan Pak Ngah Suhaimi iaitu Sesuci Lebaran kerana apa lagu tu jadi lagu evergreen sampai sekarang,”

“Lagu itu sangat kena dengan lenggok Melayunya. Ciptaan Pak Ngah Suhaimi ni selalu berbisalah.

“Liriknya menggambarkan kita orang Malaysia, adab sopan, membantu antara satu sama lain,” kongsi Siti Nurhaliza.

“Penantlan Tiga Tahvn Berakhlr..” DS Siti Nurhaliza

Cinta dan perjuangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap dunia seni tidak pernah pudar.

Penantian selama tiga tahun untuk menghadirkan album ke-18 buat peminat bakal sampai ke kemuncak.

Album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020 itu akan dilancarkan secara digital dan fizikal bermula 3 Julai ini.

“Selama setengah tahun album ini mengambil masa untuk disiapkan. Benar, sabar itu indah dan penuh hikmah.

“Album ini asalnya mahu dipasarkan April lalu sempena 24 tahun usia pembabitan dalam industri.

Namun, tak kesampaian kerana ada kerja produksi yang belum siap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada Mac lalu. Kerja tertangguh seketika dalam tempoh PKP.

 

View this post on Instagram

 

the struggle is real!!! Aafiyahhhhhh!!!!😬😩

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


“Apabila masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya kembali memulakan kerja yang perlu dipersiapkan untuk album ini.

Seterusnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), segala kerja dan sentuhan akhir album yang membabitkan kerja penggambaran dapat diteruskan.

“Album ini bakal menemui peminat sedikit masa lagi, saya memanjat kesyukuran kerana penantian ini bakal bernoktah.

Ia sekaligus melenyapkan kerinduan peminat yang setia menanti,” katanya yang kali terakhir muncul dengan album SimetriSiti pada 2017.

Mengulas judul album

ManisfestaSITI2020, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu menyifatkan ia sinonim dengan pelaksanaan album dan situasi dirinya pada tahun ini.

“Ia juga seperti satu penzahiran dan mewujudkan apa yang saya mahu laksanakan, keluarkan, jelaskan, kongsi dan semuanya terangkum indah menerusi album ini,” katanya kepada BH Online.

Album yang memuatkan 11 lagu termasuk single yang dipromosikan Siti sebelum ini seperti Terang, 7 Nasihat dan Basyirah.

Istimewanya, penyanyi kesayangan ramai itu turut merakamkan semula lagu Allahy4rham Datuk Sudirman iaitu Teratai Menjelma.

Antara komposer yang terbabit dalam album itu termasuklah Hael Husaini, Ezra Kong, Ippo Hafiz, Melly Goeslaw, Aubrey Suwito dan Ryan Kyoto dari Indonesia.

Album ManisfestaSITI2020 diterbitkan Siti Nurhaliza Productions bekerjasama dengan Universal Music Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

Stay Safe everyone!! @creacionbysitinurhaliza , @galeriariani @beausitiofficial

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Kisah Benar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Alhamdulillah, Selepas 3 Tahun Peminat Dapat Berita Menggembirakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*