Sebuah Lamborghini Aventador Terb@kar Di Bukit Bintang

Untuk melihat sebuah supercar seperti Lamborghini Aventador di jalan raya adalah suatu perkara yang sangat jarang berlaku. Ini kerana, rata-rata pemilik jentera keluaran syarikat pengeluar dari Itali ini adalah dikalangan orang yang ternama ataupun orang kaya.

Namun, pada awal pagi ini, difahamkan sebuah Lamborghini Aventador didapati telah ros4k akib4t terb4kar di tempat parkir kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kec3masan melalui talian MERS 999 pada jam 2.40 pagi dan segera menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS) ke lokasi kejadian.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman 4pi.

Difahamkan, ia mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan keb4karan dan kemusn4han membabitkan 40 peratus.

Dipercayai kejadian itu tidak membabitkan mangs4 dan pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebak4ran.

Untuk makluman, supercar yang berharga sekitar RM2 juta ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 691hp dan 688Nm tork.

Berdasarkan gambar itu, bahagian hadapan sahaja kelihatan terb4kar dan belakang yang terletak enjin masih lagi sempurna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebuah Lamborghini Aventador Terb@kar Di Bukit Bintang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*