Fizo Omar Tak Mahu Tuntut Hak Penjagaan Kekal

Meskipun rumah tangga yang dibina tidak berkekalan namun ia tidak menghalang buat Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim untuk mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan cahaya mata mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Fizo berkata daripada terus bersengketa, dia dan Mawar mahu memberi tumpuan membesarkan anak mereka. Ujarnya, dia tidak risau Maryam berada di bawah jagaan bekas isterinya kerana tahu keluarga Mawar menjaga puteri mereka dengan baik.

“Hubungan saya dengan Mawar masih baik. Kini, kami lebih fokus membesarkan dan memberi kasih sayang kepada Maryam daripada perkara lain.

“Saya tidak risau Maryam di bawah jagaan Mawar. Saya juga tahu keluarga Mawar menjaga Maryam dengan baik dan menyayanginya sepenuh hati.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah kebahagiaan Maryam. Apabila Maryam bahagia, saya turut bahagia,” katanya kepada BH Online.

Fizo memberitahu meskipun keputusan hak penjagaan anak masih belum diputuskan tetapi dia tidak akan merebut hak penjagaan kekal kerana tahu seorang anak lebih baik berada di bawah jagaan ibu.

“Keputusan hak penjagaan anak masih belum keluar, tetapi saya tak akan menuntut hak penjagaan kekal kerana saya tahu, seorang anak lebih baik di bawah jagaan ibu.

“Sekarang ini, apa yang dilakukan atas budi bicara. Saya dapat menjaga Maryam pada minggu kedua dan keempat, tetapi jauh di sudut hati, saya berharap Mawar dapat memberi pelepasan untuk saya bertemu Maryam sekali seminggu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Fizo Omar Tak Mahu Tuntut Hak Penjagaan Kekal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*