Hanya Kerana Perihal Minum Air, Ibu Kepada Dr Amalina Pula Ditvduh…

Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang pantang larang tradisional untuk ibu yang baru lepas bersalin.

Pantang larang tentang meminum air sejuk dan air suam tersebut turut mendapat perhatian Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri yang memberi penerangan dari sudut kesihatan.

Kisah tersebut tidak berhenti di situ sahaja apabila ada lagi wargamaya yang mempersoalkan penjelasan Dr Amalina malah menakut-nakutkan orang lain yang mungkin tidak mahu mengikuti cara lama dan tradisional.

Lebih teruk, apabila ada netizen yang mengaitkan ibu kepada Dr Amalina mengikut cara Yahudi ketika melahirkan beliau.

“Terima kasih mak cik kerana yahudikan saya. Ibu saya tidak ikut pun pantang tradisional. Beliau makan makanan yang sihat, minum banyak air, makan sayur dan buah.

Beliau ikut saranan doktor. Buat senaman kegel dan senaman lain apabila dibenarkan doktor,” tulis Dr Amalina menjawab Twit wanita tersebut.

Menurut Dr Amalina, ibunya belajar tentang ilmu sains dan biologi ketika di sekolah dan memahami tentang fisiologi manusia.

“Alhamdulillah beliau sihat sampai sekarang. Beliau belajar ilmu sains dan biologi di sekolah, jadi beliau faham fisiologi manusia.

“Sebab itu beliau mengalakkan saya untuk jadi doktor. Beliau juga tidak akan memaksa orang lain mengikut cara tradisional. Terima kasih,” jawab Dr Amalina yang turut mendapat tindak balas yang positif daripada warga Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hanya Kerana Perihal Minum Air, Ibu Kepada Dr Amalina Pula Ditvduh…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*