“Svsah Jaga Kluster Kayangan Ni” P0lis Sedang ‘Bvru’ 1,400 Individu Pulang Dari Oversea Tapi T@k Bvat Saringan Covid-19

Seperti yang dimaklumkan, mereka yang baru balik ke Malaysia akan menjalani ujian saringan di KLIA dahulu dan kemudiannya diminta untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Selepas itu, mereka diminta agar membuat ujian saringan buat kali kedua di hospital atau klinik terdekat.

Namun masih lagi ada rakyat yang degil. Menerusi Twitter KKM, terdapat 1,400 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, tetapi tidak menjalani ujian saringan buat kali kedua.

Difahamkan, mereka ini dibenarkan untuk menjalani kuarantin di rumah tapi masih ada SOP yang perlu mereka ikut.

Sebagai contoh, mereka perlu memakai gelang tangan pengesanan COVID-19 selepas sudah menjalani ujian yang pertama di KLIA.

Susulan kejadian, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan yang baru pulang dari luar negara wajib menjalani ujian saringan kedua selepas mereka kuarantin selama 13 hari, lapor Berita Harian.

Sesiapa yang mengabaikan ujian saringan ini boleh dianggap telah melanggar SOP yang ditetapkan, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ada 1,400 orang yang degil ini. Insya-Allah, kita akan menghantar polis untuk mencari mereka supaya menjalani ujian saringan kali kedua.” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menegaskan, mereka yang belum menjalani ujian akan ditangkap dan dibawa ke klinik.

Justeru, sama ada mereka hendak menunggu polis datang atau sendiri pergi ke klinik atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat temu janji bagi melakukan ujian saringan itu,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Min harap mereka yang berkenaan janganlah degil, ini juga demi keselamatan negara kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Svsah Jaga Kluster Kayangan Ni” P0lis Sedang ‘Bvru’ 1,400 Individu Pulang Dari Oversea Tapi T@k Bvat Saringan Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*