3 Tahun Tiada Kerja. Khalid Jamlus Terp@ksa Jual “Kasut Emas”

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya, kelmarin.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Tindakan Khalid ‘melepaskan’ barangan yang dianggap mempunyai nilai sentimental tinggi bagi seseorang pemain itu menc3tuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Khalid yang turut pernah beraksi bersama Selangor dan Kelantan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian atas faktor kew4ngan selepas tiga tahun ti4da pekerjaan.

Namun, menerusi perkongsian terbaharu di Facebook miliknya, malam tadi, Khalid memuat naik gambar ‘screenshot’ perbualan yang didakwa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mesej perbualan yang dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp itu menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal mempelawa Khalid berjumpanya minggu depan jika ada apa-apa yang boleh dibantu.

“Insya-Allah mungkin ada sinar,” kata Khalid bersama gambar perbualan berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:BH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "3 Tahun Tiada Kerja. Khalid Jamlus Terp@ksa Jual “Kasut Emas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*