“Kalau Kawan Berniaga, Jangan Minta Tawar Harga Tak Masvk Akal” Shahrol Shiro

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro menasihati orang ramai agar sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan.

Begitupun, katanya, sebagai rakan elakkan diri daripada kerap meminta harga istimewa atas ‘tiket’ persahabatan yang terjalin.

“Nasihat saya kepada semua, kalau ada kawan-kawan yang berniaga sokonglah mereka.

“Kalau boleh janganlah minta tawar sampai harga tak masuk akal. Kasihan kawan-kawan tu. Tak nak bagi diskaun, takut putus kawan pula,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Teringat dulu berniaga burger tepi jalan.Letak nama G.G Burger.Adat berniaga, adakala untung dan adakala rugi.Tapi itu lah asam garam dalam perniagaan.Alhamdulillah dapat kawan2 yg baik sentiasa support. . Nasihat sy kepada semua, kalau ada kawan2 yg berniaga support la mereka.Kalau boleh jangan la mintak tawar sampai harga tak masuk akal.Kesian kawan2 tu.Taknak bagi diskaun takut putus kawan pulak😆 . Semalam dapat peluang membantu sekejap kawan yg berniaga jagung manis yg femes kat Kluang ni.Kalau ada org Kluang mengidam nak makan jagung, support2 la dia.Stall dia kat area bandar Kluang.Jujur sy suka melihat kejayaan orang kita☺️ . Satu soalan nak tanya.Jawab dengan jujur.Antara saya dan jagung tu, mana satu lebih manis?😆 #KitaSapotKita #KitaBangkit #NeverSurrender #AkuBudakKluang #PemudaKluang

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

Dalam entri tersebut Shahrol berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya membntu seorang rakan berniaga jagung di tepi jalan.

Katanya, situasi itu secara tidak langsung mengimbau kenangan dirinya berniaga dengan membuka gerai burger satu masa dahulu.

“Teringat dulu berniaga burger tepi jalan. Letak nama G.G Burger.

“Adat berniaga, adakala untung dan adakala rugi. Tapi, itulah asam garam dalam perniagaan. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik sentiasa beri sokongan,” katanya.

Dalam entri tersebut, Shahrol turut berkongsi gambar kenangan dirinya ketika menjadi penjual burger.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Kawan Berniaga, Jangan Minta Tawar Harga Tak Masvk Akal” Shahrol Shiro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*