Bant@i Penvnggang Motor Lain, Lelaki Bawa ‘Nurse’ Tvnjuk L4gak Di Simpang Jalan

Waktu pagi sememangnya situasi yang agak kalut apabila masing-masing berpusu dijalan bagi memulakan tugas harian. Kenderaan juga pastinya bersimpang siur di jalan raya dan kesesakan lalu lintas sudah tentu berlaku.

Jadi, sikap sabar haruslah lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika menuju ke tempat mencari rezeki.

Tunjuk lagak

Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya mengawal amarah disebabkan salah faham ketika mengendali kenderaan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hisyam Nozi, dia telah memuat naik satu video mengenai sikap menunggang motosikal yang memukul penunggang motosikal yang lain disebabkan salah faham dijalan.

Sampai anak isteri kena tolak sampai jatuh

Menerusi maklumat dari Hisyam, penunggang motsikal tersebut yang membawa seorang jururawat telah menolak satu motosikal lain sehingga penumpangnya yang merupakan seorang kanak-kanak dan wanita dewasa turut terjatuh dari motosikal.

Dalam kenyataan tersebut juga, dia ingin melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana kejadian tersebut berlaku dalam kawasan Masjid Khalid al Walid MINDEF.

Orang2 macam ni patut kena pelajaran

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan muat naik itu.

Mereka telah menyelar tindakan biadap lelaki itu kerana membawa imej buruk kepada petugas barisan hadapan apabila sesuka hati mencederakan orang lain tanpa sebab yang kukuh.

Buat malu nama kementerian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Hisyam Nozi

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bant@i Penvnggang Motor Lain, Lelaki Bawa ‘Nurse’ Tvnjuk L4gak Di Simpang Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*