Mat Salleh Lvah Kecew@, Video Puji Malaysia Tangani Covid-19 Disekat FB

Pada 18 Mei lepas, Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan Other Side of the Truth, yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19, bagaimanapun Facebook merasakan sebaliknya.

Video bertajuk How Malaysia Did the Impossible, menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi COVID-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.

Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun Facebook kini menyekat capaian video itu dan juga iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.

Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lepas mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.

“Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang-bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.
“… dan satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi yang seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan – contohnya memberikan perkhidmatan internet percuma,” katanya menerusi klip video berkenaan.
“Ini amat mengecewakan, kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam melawan COVID-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia,” tambahnya.

Pfundheller yang merupakan seorang pakar bedah pergigian yang sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau telah bekerja keras untuk memberikan penghargaan yang sepatutnya kepada Malaysia.

“… tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan,” ujarnya.

Katanya beliau juga tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.

Pfundheller berkata platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.

“Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara, …semuanya perlu mendapat layanan saksama,” katanya.

Tonton penjelasan penuh :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Bernama (C. Vinoothene) , Dustin Pfundheller

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mat Salleh Lvah Kecew@, Video Puji Malaysia Tangani Covid-19 Disekat FB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*