Neelofa Pilih Hans Isaac, Tapi Ramai B@ntah Tak Setuju Sebab …

Pengacara dan pelakon Neelofa punyai sebab tersendiri untuk memilih Datuk Hans Isaac sebagai tetamu undangan pertamanya dalam rancangan Next To Neelofa.

Jelas Neelofa, Hans antara individu terawal yang tahu mengenai program tersebut sejak lima tahun lalu.

“Banyak sebab kenapa Lofa pilih Hans Isaac untuk menjadi tetamu undangan pertama Next To Neelofa.

“Saya pernah memberitahunya mengenai konsep rancangan itu sejak lima tahun lalu dan sudah tentu dia menjadi individu paling layak untuk memulakannya.

“Saya harap kalian suka dengan episod pertama ini sepertimana saya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian Neelofa itu tidak mendapat respon yang baik dalam kalangan pengguna di Twitter.

Sebaliknya ramai yang menyarankan agar Neelofa memilih individu lain antaranya tokoh korporat atau ibunya sendiri, Noor Kartini.

“Come on Fa dari Meletop pun dia, perlu Sesuatu yang barulah, setakat nak naikkan rating, entah le..

“Lebih baik you interview tokoh korporat Tony Fernandes, you punya rancangan ni mengenai mereka yang dekat dengan you ke atau mereka yang belum you kenal namun you nak kenal? Oklah itu saja,” tulis @dniel_fris.


“Masalahnya.. I dah jenuh tahu pasal dia dan you meliputi seni dan hal personal, dia yang bawa you ke dunia seni, itu telah ditakdirkan.

“Dah 2020 dah Fa.. google je pun peminat dah tahu.. kenapa you tak terfikir yang lebih menarik?

“Kalau macam tu lebih baik Mama you episod pertama,” sarannya lagi.

“But for me, since this is your new show, you need to pick someone fresh which never showed in any of your programs or event before so that people will eagerly waiting  what are the new things that you going to share with public. 

“Someone like tiara Jacqueline is pecfect person,” tambah @RD4554.

Bagaimanapun, masih ramai yang menyokong pilihan Neelofa untuk menjadikan Hans sebagai tetamu undangan pertamanya.

 

View this post on Instagram

 

Thank you @hansisaac for making this happen. Cant wait for our 1st episode on Next To Neelofa. #NextToNeelofa #NTN #AstroRia

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


Rancangan Next To Neelofa bakal bersiaran mulai 23 Julai 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Neelofa Pilih Hans Isaac, Tapi Ramai B@ntah Tak Setuju Sebab …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*