1,772 Kem@tian Aklbat Radng Parv-parv, China Beri Amaran Ada Virvs Baru Wujud Lebih Bahya Daripada Covid-19

Masih belum reda dengan Covid-19 yang telah memberi kesan di seluruh dunia, wujud pula satu virus yang dikatakan jauh lebih bahaya.

Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.

Menerusi Astro Awani, Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.

 

Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.”

Kata kedutaan itu lagi pihak jabatan kesihatan negara kini sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, bagaimanapun ia masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut.

Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.

Dikatakan terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Pada bulan Jun Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu lagi.

“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan.” 

Malah, menurut laporan  agensi berita Kazinform, terdapat 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia yang dimasukkan ke hospital saban hari.

Malah,1,700 kes pneumonia yang dikesan di seluruh negara pada waktu itu menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sebelum ini, Kazakhstan ada melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.

Pun begitu, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "1,772 Kem@tian Aklbat Radng Parv-parv, China Beri Amaran Ada Virvs Baru Wujud Lebih Bahya Daripada Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*