Bint@ng Drama Muzikal Glee, Naya Rivera Dilap0r Hlang Di Tasik, Ank Bervsia 4 Tahvn Berse0rangan Di Dalm Bot

Pelakon yang mulai dikenali menerusi siri muzikal Glee, Naya Rivera dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya, Josey Hollis Dorsey berseorangan dalam sebuah bot yang disewa pelakon berkenaan.

Kejadian berlaku di Tasik Piru, selatan California pada Rabu, ketika dia dan anaknya difahamkan berlibur di destinasi berkenaan.

Sementa itu, media antarahangsa turut memaklumkan, Rivera dikatakan telah menyewa bot tersebut kira-kira jam 1.00 petang, waktu tempatan sebelum sebuah penumpang bot lain mendapati, salah seorang penumpangnya, (Rivera) didapati tiada di dalam bot terbabit.

Lalu operasi pencarian diteruskan di kawasan berkenaan dan sekitar kawasan terlibat juga dilaporkan telah ditutup.

Serentak dengan itu, entri terbarunya di Instagram yang merakamkan aksi Rivera mencium si anak yang baru berusia empat tahun mulai dibanjiiri dengan pelbagai ucapan dari wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

just the two of us

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Rata-rata memberikan coretan positif selain mengharapkan agar bintang berkenaan ditemui dalam keadaan baik, seterusnya kembali bersama anaknya itu.

Untuk rekod, bintang asal California, Amerika Syarikat itu pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey pada tahun 2014 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bint@ng Drama Muzikal Glee, Naya Rivera Dilap0r Hlang Di Tasik, Ank Bervsia 4 Tahvn Berse0rangan Di Dalm Bot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*