“Hari Ini Dalm Sejarah,” Comelnya! Jalan Pimpin Tangan, Siti Cerita Gel@gat Aafiyah Tervja Jvmpa Neelofa

Satu hantaran video pendek yang dikongsikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram menjadi perhatian wargamaya.

Ia merakamkan gelagat kandid ‘puteri’ ciliknya, Siti Aafiyah yang kelihatan teruja saat bertemu Neelofa.

Seolah-olah mahu berbual dengan bekas hos MeleTOP itu, Aafiyah turut dirakam jalan berpimpin tangan dengan Neelofa menuju ke ruang tamu.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak.

“Ibu terkedu jap,” tulis penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbaru, ManifestaSITI2020 itu.

Difahamkan Siti ditemubual bagi rakaman program terbaru kelolaan Neelofa, Next To Neelofa.

Lalu, posting berkenaan menerima hampir seribu komen peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan kanak-kanak berkenaan.

Selain Siti, program yang bakal bersiaran di Astro Ria itu sebelum ini turut mengundang beberapa nama nama besar lain, antaranya Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hari Ini Dalm Sejarah,” Comelnya! Jalan Pimpin Tangan, Siti Cerita Gel@gat Aafiyah Tervja Jvmpa Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*