532 Individu Ggal Hadir Saringan Kedua Covid-19 Dijej@ki P0lis

POLIS telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua Covid-19 sebelum ini dengan kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis kini menjejaki baki 45 individu.

Mereka yang telah dikesan merangkumi 303 orang di Selangor, Kuala Lumpur (156), Johor (62), tiga di Sabah, masing-masing dua di Pahang dan Kedah, serta seorang masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.

Menurutnya polis menerima senarai 577 individu yang dikategorikan ‘tercicir’ terbabit, iaitu gagal hadir saringan kedua Covid-19, daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada Jumaat minggu lepas.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan tindakan pengesanan ke atas individu-individu terbabit di seluruh negara,” katanya.

“Usaha pengesanan individu-individu berkenaan adalah menggunakan pendekatan berikut, iaitu seramai 392 individu berjaya dihubungi menerusi panggilan telefon manakala seramai 140 individu pula dikesan menerusi alamat rumah.

“Individu-individu yang masih belum menjalani saringan kedua Covid-19 itu dinasihati hadir membuat saringan kedua pada kadar segera di klinik-klinik kesihatan berdekatan,” katanya.

Abdul Hamid berkata sekiranya masih ingkar, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit 1988 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.

Pada 1 Julai lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dilapor berkata seramai 1,472 individu yang menjalani kuarantin di rumah masih belum menjalani ujian Covid-19 kedua pada hari ke-13 tempoh kuarantin mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "532 Individu Ggal Hadir Saringan Kedua Covid-19 Dijej@ki P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*