Penantian 19 Tahun Berakhir…

GOMBAK – Penantian selama 19 tahun seorang gadis warga Indonesia untuk bertemu bapanya akhirnya tercapai selepas dibantu pelayar Twitter, Nur Lyana Aqilah, 22,

Nurul Happy Zalindra atau dikenali sebagai Iza, 19, yang mencari bapanya di Malaysia menerima khabar gembira selepas Nur Lyana yang juga pelajar tahun ketiga Jurusan Pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak berkongsi hasrat gadis berkenaan.

Menurut Nur Lyana, Iza terpisah selepas ibunya pulang ke Indonesia dan melahirkannya di sana. Sejak itu, Iza dan keluarganya hilang jejak manakala dia dimaklumkan alamat terakhir bapa gadis itu, Rahim Said, di Simpang 3 Keladi, Kulim, Kedah.

“Iza menghubungi saya menerusi ‘direct message’ (DM) di Instagram. Sejujurnya saya tidak kenal langsung dengan Iza dan sebelum saya membuka mesej di Instagram, saya mengambil langkah berhati-hati kerana bimbang scammer. Ternyata Iza bukan scammer dan saya membalas mesejnya.

“Iza bertanya saya tinggal di mana dan sebaik mengetahui saya tinggal di Kedah, dia mula memperkenalkan diri menerangkan tujuannya mahu mencari bapanya di Malaysia sebagai wali akad nikahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada awalnya, Lyana meminta gadis itu berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia namun disebabkan wabak koronavirus (Covid-19), dia terpaksa membatalkan hasratnya.

 

Rahim Said, Nurul Happy Zalindra

 

“Atas kekangan itu, saya meminta maklumat terperinci seperti, nama, alamat, dan gambar bagi memudahkan saya mencari bapanya.

“Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, saya memuat naik beberapa maklumat peribadi bapa Iza di Twitter sekitar jam 12.20 tengah hari pada 6 Julai lalu.

“Selang tiga jam kemudian, saya menerima mesej dari warga Twitter dan memberi nombor telefon dipercayai bapa Iza. Saya terus menghubungi nombor itu dan ternyata benar, pemilik nombor telefon itu ialah bapa Iza yang selama ini dicari,” jelasnya.

Anak sulung daripada dua beradik ini memberitahu, gadis berkenaan dan bapanya telah berhubung menerusi telefon bagi melepaskan rindu mereka.

“Saya gembira bercampur hiba melihat mereka. Saya langsung tidak menyangka walaupun tidak kenal Iza namun ALLAH menggerakkan hati saya untuk membalas DM di Instagram selain bantuan warga Twitter yang mengulang kongsi di media sosial,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian Lyana tular di media sosial menarik perhatian umum yang turut membantu usahanya mencari lelaki bernama Rahim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:New kini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Penantian 19 Tahun Berakhir…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*