Minta ‘0rang Politlk’ Jangn Kacav Tvgas P0lis, Musa Hassan Nasihatkan Ayob Khan

Ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yang meminta ‘orang politik’ tidak menganggu tugas polis mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Hassan Musa.

Beliau menyifatkan kenyataan itu adalah nasihat bernas dan jujur daripada seorang Ketua Polis Negeri yang perlu dicontohi oleh pegawai tinggi lain dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penjelasan yang jujur. Berdoa agar ramai lagi pegawai2 tinggi PDRM mempunyai prinsip dan sikap seperti ini. Semoga PDRM sentiasa cemerlang,” tulisnya di laman Twitter.

Walau bagaimanapun, abang kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan itu menasihati Ayob Khan agar perlu berjaga-jaga kerana akan terdapat individu tergugat dengan tindakan tegas yang dilakukan.

“Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia. Walau demikian Dato perlu berjaga2 kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan…
“…yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Dato,” katanya.

Jangan gentar, Allah sentiasa bersama orang yang adil…

Terdahulu menerusi laporan Malaysia Gazette, Ayob Khan berkata segelintir pihak mungkin tidak bersetuju dengan tindakan beliau serta pegawai dalam menguatkuasakan undang-undang.

Beliau mengambil contoh ketika bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman termasuk menangkap ratusan anggota Jemaah Islamiah (JI) namun tiada siapa merungut.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?
“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis,” luahnya.

Tonton sedutan temu bual

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Musa Hassan , Malaysia Gazette , Facebook

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Minta ‘0rang Politlk’ Jangn Kacav Tvgas P0lis, Musa Hassan Nasihatkan Ayob Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*