Betty Banafe Bantu Wanlta Tva Tak Sengaja Pec@hkan Pinggan Mangkuk, “Situasi Itu Sangat Menyedlhkan …”

Pelakon Betty Banafe, 41, berkongsi kejadian melihat seorang wanita tua yang tidak sengaja terlanggar dan memecahkan beberapa pinggan mangkuk di pusat membeli-belah.

Menurut Betty, dia berasa sedih melihat situasi wanita tersebut kerana ramai yang sekadar memandang tanpa membantu.

“Hari ini semasa saya berjalan di pusat membeli-belah, tiba-tiba saya terdengar bunyi barang pecah.

“Saya jalan ke satu lorong dan ternampak beberapa orang sedang memerhati seorang wanita tua yang terlanggar rak pinggan mangkuk dengan trolinya. Banyak yang jatuh ke lantai dan pecah.

“Wanita itu yang kelihatan malu terus melutut dan kutip serpihan yang hancur… sementara suaminya koyakkan kod bar dan cakap yang mereka perlu bayar semuanya.

“Situasi itu sangat menyedihkan. Wanita itu tak sengaja buat silap dan semua mata memandang dia,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pemilik nama Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini, dia nekad untuk menghulurkan pertolongan namun dilarang oleh salah seorang kakitangan.

Individu tersebut meminta maklumat wanita itu supaya boleh mendapatkan rawatan kecederaan di tangannya.

“Bila saya melutut di sebelahnya untuk tolong dia, seorang lelaki datang kepada kami dan menyuruh kami untuk tinggalkan serpihan yang pecah itu.

“Dia kata pihaknya akan bersihkan dan meminta maklumat wanita itu supaya dia boleh ke hospital dan dapatkan rawatan untuk luka di tangannya.

“Kepada anda yang sedang baca posting ini, saya mahu anda pejamkan mata dan bayangkan jika Allah sedang lakukan perkara sama kepada anda.

“Mengutip serpihan hati anda yang telah hancur daripada semua kesalahan dan tamparan yang dilemparkan kepada anda sepanjang hidup ini.

“Allah akan sembuhkan hati anda dan semua dosa dan salah yang anda pernah lakukan akan diampunkan,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Betty Banafe Bantu Wanlta Tva Tak Sengaja Pec@hkan Pinggan Mangkuk, “Situasi Itu Sangat Menyedlhkan …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*