Hikmah Kontr0versi, Amyza Aznan Tak Pvtus Terima Tawaran Berlakon

Meskipun sedang hangat diperkatakan mengeani kes saman menyaman dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, bagaimanapun Amyza Aznan mengakui dia kini menerima banyak tawaran berlakon.

Menurut Amyza dia menerima semua tawaran tersebut kerana enggan mengecilkan hati orang lain dan bukan kerana terlalu tamak. Amyza percaya pengalamannya selama 20 tahun sebagai pelakon membuatkannya diterima ramai.

“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdullilah.. rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang.

“20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak,” tulisnya.

Memuat naik sedutan rakaman sedang menjalani penggambaran sebuah drama, Amyza turut memberitahu dia akan terus belajar dalam bidang lakonan supaya dirinay kekal relevan dan memenangi anugerah lagi.

Difahamkan, kes saman antara Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie dilaporkan masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini.

Untuk rekod, Amyza pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ketika Anugerah Skrin 2019 yang lalu menerusi drama Batik Zakiah.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hikmah Kontr0versi, Amyza Aznan Tak Pvtus Terima Tawaran Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*