“Dah Sedekad Pun Masih Nak Memb@wang” Luca Sickta, Heidi Slndir Siapa Tu?

Selepas lagu 7 Nasihat bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Kmy Kmo mendapat tempat di hati peminat, Luca Sickta kembali dengan buah tangan terbaru berjudul Yang Ini Yang Itu.

Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin berkata, Yang Ini Yang Itu lagu bergenre Hip Hop dan sedikit sentuhan pop itu menceritakan tentang seseorang yang bersikap ‘lalang’ atau tidak mempunyai pendirian.

Bagaimanapun kali ini Luca Sickta tidak bersama Kmy Kmo tetapi memilih rapper wanita yang sedang meningkat naik, Heidi selaku rakan duet.

“Lagu Yang Ini Yang Itu adalah mengenai seorang yang bersikap ‘lalang’ atau dalam erti kata lain tidak ada pendirian tetap. Apa saja dia buat semua ikut orang yang mana tak ada pendirian sendiri.

“Memandangkan lagu ini saya ‘featuring’ dengan Heidi, jadi saya membawakan ‘lalang’ dari perspektif lelaki begitu juga dengan Heidi. Disebabkan itu, lirik lagu ini adalah ciptaan kami bersama,” katanya.

Luca mendedahkan, lagu itu adalah berdasarkan pengalaman hidup dilalui sepanjang mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia.

“Saya sudah kenal pelbagai ragam orang. Daripada sikap mereka itu saya menjadikan lagu.

“Tujuannya supaya ia dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Dalam masa, mungkin cerita dalam lagu ini pernah dilalui orang lain.

“Secara peribadi orang sebegini merimaskan. Cuma, kalau tidak ada orang seperti mereka ini kita tidak akan dapat belajar sesuatu daripada sikap sebegitu. Tidaklah juga sepenuhnya negatif,” katanya.

Mengenai pemilihan Heidi, Luca menyifatkan penyanyi lagu Ily itu mempunyai karektor tersendiri dalam rap sekali gus memberi warna baru dalam muzik dan lagu yang dipersembahkan.

“Heidi mempunyai karakter yang kuat dalam rap. Stail dan gaya dia berbeza dengan rapper wanita lain. Apabila kami bekerjasama dalam lagu ini boleh dengar karakteristik yang dia miliki.

“Sebelum ini kami tak pernah pun bekerjasama. Saya lebih banyak dengan Kmy. Cuma lagu ini saja ia adalah projek sulung saya dan memilih untuk ‘featuring’ dengan penyanyi lain,” katanya.

Yang Ini Yang Itu adalah terbitan dan edaran Universal Music Malaysia telah dilancarkan pada, 10 Julai lalu.

Serentak dengan itu dilancarkan juga muzik video rasmi di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Sedekad Pun Masih Nak Memb@wang” Luca Sickta, Heidi Slndir Siapa Tu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*