Jurusolek Lelaki Terkilan Netizen Tarbiah Kerja Mendandan Artis Wanlta… “Siapa Kav Nak Nerak@kan Orang?”

Jurusolek artis Ezad Ibrahim meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pengguna media sosial yang menyerangnya dengan kata-kata jelik.

Mempertikaikan tugasnya mendandan artis wanita, ada antaranya yang keterlaluan hingga mengganggu periuk nasinya.

“Saya bekerja dengan jenama besar, jadi apabila ada yang masuk ke media sosial saya semata-mata untuk menilai saya dan menghina kerjaya saya, itu salah!

“Netizen ada hak bersuara tapi bagi saya senang saja, padam komen dan sekat akaun sedemikian.

“Cuma saya terkilan apabila ada yang mempertikaikan kerja saya,” katanya kepada Gempak.

Ezad tampil mengulas mengenai kecaman yang ditulis di ruangan komen foto artis sensasi Sharifah Sakinah baru-baru ini.

Dakwa pengguna berkenaan, haram bagi lelaki mendandan wanita terutama yang tidak menutup aurat.

“Haram hukumnya lelaki mendandan wanita. Lagi-lagi wanita yang tidak menutup aurat takut nanti terbakar kat api neraka pula,” tulis pengguna berkenaan yang difahamkan masih di bawah umur.

Kata Ezad dia punyai modul dan disiplin solekan bersama pelanggan terutama golongan wanita.

“Siapa dia nak nerakakan orang? Dia tak tahu saya solek wajah pelanggan mesti pakai sarung tangan.

“Selain untuk menjaga batas, ia untuk tujuan kebersihan ketika saya bekerja,” tambahnya.

Ezad menasihati pengguna media sosial terutamanya golongan bawah umur agar sentiasa dipantau oleh penjaga bagi mengelakkan perselisihan faham.

Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan Ezad seperti Ratu Cantik Indonesia, Whulandary Herman, Fasha Sandha, Anzalna Nasir, Raja Ilya dan Sherry Ibrahim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Jurusolek Lelaki Terkilan Netizen Tarbiah Kerja Mendandan Artis Wanlta… “Siapa Kav Nak Nerak@kan Orang?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*