Belum Masa Pakai Kereta Mewah, Pemain Drum Viral Beli Karavan Dan Buat Ubah Suai Sendiri

Mula dikenali sebagai pemain drum cilik, Nur Amira Syahira rupanya kini sudah mencecah usia 17 tahun dan kini tergolong dalam kalangan Youtuber terbaik Asia.

Memiliki  hampir 2.3 juta pengikut di Youtube, Amira merupakan antara penerima Gold Play Button. Maka tidak hairanlah, gadis berusia 17 tahun itu mempunyai pendapatannya sendiri.

Pakai karavan lagi mudah

Malah, baru-baru ini Amira dikhabarkan telah membeli sebuah karavan, menurut Amira dia tidak berminat untuk membeli kereta mewah sebaliknya memilih karavan kerana ia lebih praktikal.

“Sesetengah orang pilih nak bergaya dengan kereta mahal tapi saya ada karavan pun dah rasa bebas sebab dia macam rumah bergerak, tilam untuk tidur dan bilik air pun ada…”

Ubah suai sendiri, suka bertukang

Tambah Amira, dengan adanya karavan ia akan lebih memudahkan dan menjimatkan, apabila bergerak untuk melakukan persembahan atau melakukan rakaman vlog percutian.

Justeru, segala dekorasi dalaman karavan dihias sendiri oleh Amira mengikut citarasanya, malah pengubahsuaian juga dilakukan sendiri.

“Setiap bahagian dalam karavan itu ditambah berasingan, mujurlah saya ini memang minat bertukang dan buat kerja hias-hias, jadi tak ada masalah tentang hal itu…”

Bakal menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amira tidak menafikan bahawa dia sedikit sukar untuk membahagikan masa antara karier dan pelajara, namun tetap berusaha mengurusnya dengan baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Mstar Online & Nur Amira Syahira

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Belum Masa Pakai Kereta Mewah, Pemain Drum Viral Beli Karavan Dan Buat Ubah Suai Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*