“Mana Video Awal, Kenapa Hanya Rakam Waktu Pegawai Tu Berlembvt?” Anak Bersuara Setelah Pak Cik Jagung Dikcam Timbvl Prov0kasi ,

Susulan kisah pakcik jagung yang tiada lesen berniaga dan telah di k4sari oleh pegawai penguatkuasa

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung tindakan provokasi seorang penjaja terhadap anggota penguat kuasa di Pasar Selayang Jaya.

MPS memaklumkan pakcik jagung tersebut tidak punya lesen kerana berstatus PR ( ic merah) yang sememangnya tidak melayakkan beliau untuk memohon lesen perniagaan.

Video terbaru yang di kongsi di laman FB menampakkan provokasi yang di timbulkan oleh bapanya dengan mencabar pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas..

Bapa di k3cam kerana menimbulkan pr0vokasi dan anak tampil menerangkan keadaan sebenar yang menimbulkan kem4rahan ayahnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya dapat tahu ada satu lagi video yang menunjukkan kemarahan ayah saya dari pihak satu lagi . Saya tahu dia memang marah dan sebagainya , tapi ayah saya cuma bertindak sebagai naluri seorang manusia yang berasa terancam . Ayah saya tak gila nak mengamuk tak tentu pasal , teruk mereka memburukkan ayah saya sebelum tu .

Video tidak di rakam awal bukan video penuh

Kenapa tak record dari awal kenapa hanya rakam waktu penguatkuasa tu berlembut ? Mana video yang sebelum nya ? Orang orang sana tahu kejadian sebenarnya . Dia sendirian dan dikelilingi ramai anggota , tak patut ke rasa takut dan terancam ? Saya dah jelaskan dari awal kenapa ayah saya marah di situ .

Awalnya bapa di tvduh berlakon buta oleh pegawai ..

Dia mula panas hati selepas ditvduh belakon buta . Dia juga telah di “Engkaukan” , 3 kali dalam dua minggu dia disita dia tertekan sangat . Orang tua mana yang dapat terima ? Dia tak sempurna sama seperti anggota2 tu . Dia bukan berpelajaran tinggi . Saya taknak menceritakan kata2 kesat dan kasar mereka tapi jika melampau saya juga boleh menceritakan ancaman mereka juga dan perbuatan mereka yang lain . Mereka menang kerana ada anggota yang hanya merakam kesalahan dan kemarahan ayah saya . Ayah saya tidak boleh menggunakan telefon pun untuk merakam ugutan2 dari mereka . Ayah saya langsung tidak tahu dia dirakam . Dan sebabkan matanya dia tak nampak telefon yang sedang merakam , jadi dia tak boleh nak pura2 baik dan sempurna .

Mengaku ayah tiada ic biru walau telah menetap 40 tahun dan gagal dalam membuat permohonan warganegara

Tambahan lagi , saya mengaku memang ayah saya bukan biru tapi dia bukan kosong ya . Dia menetap di sini lebih dari 40 tahun dan dah bertahun2 memohon biru tapi belum diluluskan . Kami berenam anaknya memang biru . Saya dan abang saya keduanya memang pernah memohon lesen tapi tetap tak lulus walaupun kami biru . Siapa ayah saya nak melawan kakitangan kerajaan tanpa sebab ? Biasanya memang mak ayah saya akan pergi kalau melihat mereka , tapi kalini mereka terus mengepung ayah saya . Mak ayah saya pernah juga didatangi anggota penguatkuasa yang berbudi bicara dan mereka takda masalah langsung nak berundur .

Jangan nilai ayah berdasarkan sekeping kad pengenalan

Saya tak ingin apa2 saya cuma nak semua menilai dari segi kemanusiaan dan agama , bukannya dari segi kaum bangsa atau keturunan . Jangan kerana ayah saya bukan biru membutakan mata semua , jangan hanya membela berdasarkan sekeping kad pengenalan . Belalah atas dasar kemanusiaan dan agama .

Video pendek tidak menunjukkan keseluruhan cerita

Kedua2 video bukan saya yang rakam . Bukti memang tiada tapi Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku , punca ayah saya marah tidak dirakam di mana2 video . Saya memang tak boleh beri bukti kerana saya tiada di sana tapi saya kenal ayah saya .

Saya langsung tak kisah apa orang nak kata , sebab memang dalam video satu lagi menunjukkan kesalahan ayah saya tapi video pendek tu bukan menunjukkan situasi dari awal . Tambahan lagi anggota tersebut yang merakam video tersebut . Di mana video penuh dari awal ?

Aapa pun jadi saya tetap akan membela ayah saya walaupun tiada seorang pun yang akan menyokong saya sebab saya tahu kenapa ayah saya berkelakuan begitu . Saya tak menegakkan benang yang basah , tapi video yang ditunjukkan tu bukan dari kejadian awal , yang kenapa ayah saya marah . Anda takkan faham kerana anda tak berada di dalam situasi kami .

Siti Norfadhilla juga ada membuat permohonan maaf bagi pihak ayahnya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Slambermedia

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mana Video Awal, Kenapa Hanya Rakam Waktu Pegawai Tu Berlembvt?” Anak Bersuara Setelah Pak Cik Jagung Dikcam Timbvl Prov0kasi ,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*